Oh, New Year

Dah nak masuk tahun baru 2010 tak sampai beberapa jam lagi.Β  Aku sudah berada di KL, di hometown, di rumah mak. Balik KL pada Krismas lepas, dua hari selepas itu, aku jatuh demam. Macam sehati sejiwa, (gelik-gelik sikit.. ihiks!) A2lie pun turut demam. Mungkin macam tahu-tahu saja kami bakal berpisah untuk sementara waktu. Sedih juga dalam hati ni, namun apakan daya. Kerana tugas, ku turutkan juga. Ewah-ewah~

Badan ini pun tak larat lagi. 2-3 hari duduk di rumah saja. Layan kerenah dan telatah anak buah yangΒ  nak bermanja. Tadi siang, baru terhegeh-hegeh nak lapor diri untuk masuk kerja semula. Jumpa Boss, dan kawan-kawan sekerja yang lainnya. Semuanya ok. Ada banyak juga yang berubah. Yang dah berpindah pun ramai juga. Tak apalah. Janji dapat buat kerja dengan baik. Insya Allah..

Tak ada yang lebih sempurna, hanya dan jika hanya ada di samping suami tercinta, menyambut tahun baru bersama. πŸ™‚

2010 datanglah dengan seribu kerahmatan, keberkatan dan keindahan. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.