amyz story

Hari Pertama Bekerja Semula

Hari ini hari pertama masuk kerja semula setelah 2 tahun meninggalkan alam pekerjaan. Kekok sebenarnya. Persekitaran walaupun sama, tapi orang-orang dah banyak berubah. Dah ramai yang tak ada. Kawan baik aku, Nett pun dah tak ada. 🙂 Apa nak buat. Life move on. Teruskan hidup.

Segera aku teringat waktu mula-mula aku belajar semula. Aku diam duduk di barisan depan. Sementara, pelajar-pelajar lain punya clan tersendiri. Tapi selepas tu semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Dalam 3 bulan, aku berjaya menyesuaikan diri. Tapi, masa itu, nervous dan kekoknya aku, Tuhan saja yang tahu. Syukur, I made it till finish. 🙂

Dan, kini aku kembali, ke tempat kerja lama. Ke tugas-tugas lama. Aku suka kerja aku. Aku suka dengan programming, aku suka bermain dengan koding. Aku suka dapat membantu user yang tak boleh guna sistem. Aku suka nak guide user guna sistem. Seronok!

Tapi sebab hari ni hari pertama bekerja. Jadi, tak ada kerja sangat. Duduk lala-lala kat office sebenarnya boring. Rasa macam nak pergi Alamanda pun ada juga. Tapi entahlah. Mood nak keluar jalan-jalan tak ada langsung. Kalau ada geng boleh la kot. Itupun tengok pada mood. Entahlah. Since pregnant ni banyak mood malas saja. Sabar je lah.

So, first thing aku buat masa masuk kerja, lepas dapat login PC dan internet. Konon-konon nak la berchatting. Tapi malangnya, ym tak dapat nak connect. Kena block. Carilah hack tools yang membolehkan aku connect ym. Dapat satu. Sekali kantoi dengan technician. Haha. :-p Nasib baik dia sporting. Tu pun asyik dc je. Sebab connection hack tools tu tak berapa stabil.

Tak apalah. Dah jumpa satu web yang tidak di-block oleh pihak IT office. Esok boleh la online dari pagi sampai petang. Yeahhh!! Haha.

Advertisements