Just Updating

Dua hari berturut-turut tu dah update kan. Ingatkan dalam fikiran tu, nak update la tiap-tiap hari. Tapi, hari Rabu tu macam penat pulak. Khamis pun sama. Jumaat semalam dah tertidur awal. Maka, tak adalah update. Macam sengal je siap bagi alasan segala. Haha.

Hari-hari kat office makin ok. Walaupun kerja masih tak banyak lagi. Aku dah start tengok-tengok koding. Tengok portal berfungsi atau tidak. Tengok boleh login atau tidak. Check aplikasi semua berfungsi atau tidak. Semua-semua itulah. Tak adalah busy sangat. Cuma, boss belum bagi kerja lagi. Tengoklah macam mana nanti. Sementara tu, banyak rilex saja. Tak pun, pergi kat meja kawan, borak-borak. Haha.

Alhamdulillah, aku sihat-sihat sentiasa. Cuma cepat penat. Mabuk masih ada, cuma dah berkurangan. Kadang-kadang muntah juga la. Tapi tak selalu macam dulu. Dulu tiap-tiap hari. Sekarang, kadang-kadang saja. Alhamdulillah. Cuma masih tak tahan bau-bauan lagi la. Terutama bau menumis. Huhu. Tak best langsung kalau terbau, terus-terus nak termuntah. Isk isk.

Kandungan dah masuk 17 minggu. Alhamdulillah. Sihat-sihat saja. Dah nampak perut membulat jugalah. Orang kata aku nampak sangat berisi. Entahlah. Berat tambah tak banyak sangat. Last time timbang pun 56kg saja. Kena pantau berat badan juga ni. Nanti kalau terlebih, suspect kencing manis dan darah tinggi segala. Mudah-mudahan dielakkan~ Mudah-mudahan..

Dan perkara yang mengujakan, aku sudah mula terasa pergerakan baby dalam rahim ni. Kadang-kadang terkejut. Tapi lepas tu aku rasa gembira sebab bila ada pergerakan baby menunjukkan betapa sihatnya dia. Tak sabar juga nak scan nak tahu baby girl atau boy. Tapi kawan-kawan cakap, biarlah surprise. Tak tahulah. Aku tak kisahlah boy or girl. Janji sihat saja. Nanti minggu ke 2o, aku nak pergi scan sebab nak tengok keadaan dia. Mudah-mudahan baby sihat dan baik saja. Insya Allah. πŸ™‚

Dan pada bapanya yang jauh di JB tu~ Harap sentiasa sihat, baik dan comel. Rindu itu, setiap hari.. Sayang. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.