Terlalu Lama Menunggu

Mana-mana service yang kita pergi di Msia ni, terlalu banyak masa dihabiskan dengan menunggu nombor giliran. Buang masa sangat tau. Haih..! Pergi kaunter mana yang tak payah tunggu? Nak bayar bil kena tunggu, nak apply itu-ini kena tunggu, nak buat rawatan pun kena tunggu juga. Tension-nya la.

Tadi pagi pergi klinik. Monthly check up. Show up at 8am. Sharp. Tapi terima giliran treatment sejam lebih kemudian. Tunggu lagi untuk pergi check di bilik lain pula. Dekat sejam. Tunggu lagi. Untuk berjumpa doktor pula. Setengah jam lebih. Penat. Penat sangat menunggu. Bosan. Nasib baik bawa buku novel. Baca la sikit-sikit sambil tahan ngantuk. Kalau boleh tidur, nikmat sangat!

Pukul 8am sampai, pukul 11:45am baru selesai. Bayangkan~ Rasa nak pecah dada ni tahan sabar menunggu.

Ambil darah lagi tadi. 10ml. Lenguh tangan kiri. Huhu. Lain-lain, semua ok. Blood pressure ok. Tak ada kencing kotor. Berat badan tidak berlebihan. Kena minum susu selalu. Baik doktor!

Ingatkan kalau habis awal boleh la nak pergi TMPoint. Nak tukar pakej Stimyx ni. Mahal la pula caj dia sekarang ni. Nak tukar murah sikit. Kesian ayah nak bayar bulan-bulan bil mahal-mahal.

Lepas tu balik rumah, tido sampai petang. Fikir-fikir balik, bila nak tukar pakej tu. Baik pergi masa cuti ni, dari tunggu lama-lama. Dengan perasaan malas, pergi la ke TMPoint Pandan Indah tu. Tukar pakej Stimyx 1Mb sekarang yang caj RM88+RM16, tukar pada pakej Combo 512kbps RM90.

Tapi ya ampun.. Nak tukar perkara simple tu pun, dekat 2 jam di TMPoint tunggu giliran. Sakit kepala dan jiwa raga aku asyik menunggu saja.

Buang masa oke! Buang masa!! Haih!!

Untuk meredakan kemarahan pada kaunter-kaunter perkhidmatan di Msia ini, tengok lah gambar perut bulatku yang berusia 18 minggu. Baru diambil malam semalam untuk dihantar kepada encik Azlie. Tengok isterinya yang sudah bulat-bulat. Hikhik.

4 month

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Terlalu Lama Menunggu”

Comments are closed.