amyz azlie, diary mama, family

Satu Perasaan Yang Indah

Hari ni masuk 19 minggu. Masih 4 bulan lagi. Besar baby dah 6.5 inci. Uish. Dah besar dah anak mama.. Hihi.

Seminggu dua ini, aku dah rasa baby bergerak-gerak dalam kandungan. Which is aku rasa sangat indah, dan terharu.

Kadang tengah duduk-duduk baca magazine ke, paper ke, tiba-tiba dia gerak. Tak pun masa tengah kusyuk menaip di laptop. Bila dia gerak atau mungkin menendang, aku terkejut. Kelakar rasanya. Macam nak kejutkan aku je.

Ada satu malam tu, dia boleh tendang kuat, sampai aku terjaga dari tidur sebab terasa ada orang tendang perut aku. Haha. Boleh gitu? Nakal ye baby?

Makin hari, makin aktif dia gerak. Aku rasa hari inilah dia gerak paling banyak. Masa tengah menaip ni pun, dia gerak-gerak lagi. Hihi. Comelnya baby mama ni. Tak sabar nak tengok dia nanti.

Mungkin sebab ada baby ni, aku lebih tabah mengharungi hari demi hari tanpa Azlie. Kalau tak, mungkin tiap-tiap malam aku menangis kot. Dua-tiga malam tanpa Azlie mula-mula dulu, memang aku menangis. Tapi, kena kuatkan hati dan semangat sajalah.

Kadang sedih juga fikir berjauhan dari suami. Tapi alhamdulillah, ada famili menemani. Dah biasa bersama, bila jauh ni, rasa macam separuh semangat hilang dibawa pergi.

Baby, mama kena *seterong demi baby. 🙂

Btw, aku harap entri-entri keibuan aku ni, tak membuatkan korang rasa boring nak membacanya, sehingga ada satu perasaan, “macam dia seorang ada suami/anak”. Kalau macam tu, aku minta maaf ye? Tapi mana lagi aku nak curah perasaan selain dari blog ini sajalah. Harap korang terimalah aku seadanya. Hehehe.

*seterong = strong. Ajid (anak buah Azlie) cakap untuk menggambarkan yang dia seorang yang kuat. Hehehe.

Advertisements