amyz story, diary mama

Nothing Else Matter…

Sekarang ini, aku mahu menumpukan sepenuh perhatian dan belajar bagaimana untuk menjadi ibu yang baik. Mempelajari apa yang perlu aku buat untuk menyambut ketibaan orang baru. Dan dari aku fikir-fikir bila JPA dapat menukarkan aku. Which is really pissed me off, sebab nama masih dalam Q-list dan pelbagai alasan yang diorang bagi waktu aku call. Baik aku baca buku/blog/web tentang persediaan yang perlu aku buat sebagai menghadapi dunia keibuan tak lama lagi.

And nothing else matter, including so-called kawan-kawan yang mengeji-ngeji aku di facebook. Biarlah. Just ignore people with the small brain.

Lagipun Kak Fatma cakap, jangan terlalu tension fikirkan hal yang kecil. Biarlah dalam fasa pregnancy ni, aku dikelilingi oleh aura-aura positif dan kegembiraan. Insya Allah, baby yang lahir pun nanti besar jadi positif dan happy. 🙂

Dan banyak perkara yang perlu aku belajar. Dan menerusi blog-blog, aku belajar dari pengalaman orang lain. Rupanya bukan mudah nak menjadi seorang ibu. Juga melalui kawan-kawan yang sudah mengalami. Pengalaman bersalin saja pun dah ramai bagitau aku, setiap ibu melalui pengalaman yang berbeza. *Nebes juga sebenarnya ni.. Huhu.*

Bulan 6 bukan tempoh waktu yang lama. Ni pun dah tinggal seminggu nak masuk bulan Februari. Fuh.. Mendebarkan.

Aku sekarang sedang survey barang-barang baby. Which is include breastpump dan cloth diaper. Lain-lain keperluan juga perlu disediakan. Banyak woo.. Terutama baby pertama ni, lagi la. Semua nak complete set. Hehe. Biasalah tu first baby, dan excited nak dapat baby. Semua nak diborongnya. Insya Allah, aku tidaklah. Aku cuma nak sediakan apa yang penting untuk baby aku saja. Baju baby tak perlu banyak-banyak. Baby cepat besar. Rugi beli baju new born banyak-banyak. Beli mengikut keperluan saja.

Walaupun banyak benda kita nak beli, tak bermakna kita tak boleh berjimat kan? 🙂

Advertisements