Masa Bersama Teman

Seronok, sekali-sekala meluangkan masa bersama teman. Untuk update cerita mereka yang semasa, untuk mereka tahu cerita tentang kita. Sebab bukan semua aku nak letak dalam facebook.

Minggu lepas jumpa Awin & Lin. As usual kami selalu mengalami masalah nak cari tempat berborak. Which is selalunya, we prefer pergi Old Town, tetapi Awin dah trauma dengan Old Town sebab dia pernah terjumpa anak lipas dalam roti bakar dia. Haha. Keji gila.

End up kami pergi Papa Rich area Bandar Tasik Permaisuri tu saja. Dekat-dekat. Sebab, kami tahu, kami akan berborak dengan panjang lebar. Dan semua isu-isu akan terkeluar dan di-discuss-kan. Haha.

Hmmph! Lupa la ambil gambar.. Mungkin lain kali. Hehe.

Dan kedatangan Nett dan Cida ke KL juga sebagai peluang aku berjumpa dengan dua sahabat lama yang lama tak jumpa ni. Lama gila. Nett, last jumpa dia sebelum aku kahwin lagi. Cida? Lagi la lama. Haha. :-p

Hah. Kalau jumpa Nett dan Cida, tak huru-hara, memang tak sah. Boleh pula kat LCCT tu, Cida terambil beg orang lain? Haha. Awal-awal lagi dah buat lawak. Adoila. Dari dulu, kami prefer pergi tempat makan dan berborak-borak sampai entah pukul berapa. Sebabkan sudah dewasa, kami limitkan masa. Kalau dulu, sampai nak tutup KLCC tu, baru nak balik. Tengah malam baru sampai rumah. Sekarang, pukul 10 dah mengantuk. Hehe.

Borak dengan Nett dan Cida adalah borak-borak berkisar lawak-lawak di zaman nan lalu. Terutama lawak conference dan donut. Keji la. Ingat lagi si Cida pasal lawak donut ni. Benci aku. Haha. Tak lupa juga lawak tetiba nama Tajul menjadi Megat. Haha. Kasihan nick name encik Azlie. Hahaha.

Dunia berputar dan masa yang lalu tak akan kembali semula. Yang ada, hanya kenangan yang boleh aku simpan, dan tersenyum pabila ingat semula semuanya. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Masa Bersama Teman”

  1. terima kasih kerana menjadi driver kami.
    terima kasih gak kerana bagi pinjam keta.

    sebagai balasannya, rosak dah pintu belakang tu. huwaaaa! ampun!!

    Like

  2. Ya ya.. terima kasih sbb patah balik utk anta/amik beg. hahaha.. huru hara betullah. Tima kasih atas segalanya.. ewah

    Like

Comments are closed.