amyz azlie, tulis

KL- JB

Konon-konon sangat, Jumaat lepas balik JB naik flight sebab nak cepat. Akhirnya pukul 11mlm juga baru dapat menatap wajah encik A2lie. Serupa naik bas. Haha.

Bagusnya, aku dapat info pergi LCCT dengan ERL & Bas dari Stesen Bdr Tasik Selatan dengan tambang hanya RM10.30. Cukup murah bagi aku. Sebab dari aku ambil LRT ke Hang Tuah, dari Hang Tuah naik Monorel ke KL Sentral. Then naik bas ke LCCT. Peh. Jenuh beb. So, kiranya perjalanan ke LCCT dari Bdr Tasik Selatan menggunakan ERL Transit dan tambang yang murah, cepat dan berbaloi-baloi. Haha.

Aku dah buat self check in siap-siap di office, balik rumah cepat. Kemudian, keluar rumah pukul 6. Tu pun sebab MRR2 jammed. Kalau tidak memang boleh ambil ERL transit tu pukul 6:30 punya. Sebab lambat seminit (betul. lambat seminit – sampai kat kaunter tiket, ERL pun sampai dan berlepas sekejapan selepas itu..) Huhu.

Pukul 7:10 tepat, ERL sampai kat Stesen Bdr Tasik Selatan. Penuh. Berdiri aku dalam tu. And mind you, people dont even care if u pregnant or not. Walaupun aku dah senak-senak pinggang masa tu. Aku diam berdiri sajalah. Gerak kanan-kiri sikit. Tak mahu terlalu lama berdiri. Tapi lama juga la. Sampai Stesen Putrajaya baru aku dapat duduk. Tu pun satu stesen je la. Next station, Salak Tinggi dah kena turun ambil bas transit ke LCCT. Dalam bas tu, of course la aku dapat duduk. Kalau tak, sangat keji oke..

Then sampai LCCT around 8:15pm. Just nice. Sebab dalam tiket boarding at 8:35pm. Tapi dah pukul 8:45, tak de announcement apa-apa pun. Kat gate P2 tu, tak keluar-keluar pun Johor Bahru. Tensen aku. Dah pukul 9pm, baru dia announce flight delay. Masa tu angin nye la. Haha. Short it cut, boarding pukul 9:30pm – depart pukul 10pm – sampai Senai 10:35 – turun flight pukul 10:50 – jalan kaki ke sampai depan 11:00pm. Lama berdiri sangat berdiri dan berjalan.

Encik A2lie tunggu dalam kereta sebab tak ada parking. Airport Senai tu tengah renovation. Mana tak nya? Adoi la. Dah la 2-2 belum makan malam lagi. Ada la lapar sikit (walaupun dah hilang lapar, sebab dapat tengok muka encik A2lie – sweet tak I? Hikhik..).

Lepas tu pergi Tesko. Beli barang rumah sikit. Dengan roti dan makanan-makanan untuk dimakan. Dah lama tak shopping groceries dengan encik A2lie. Seronok dapat tengok-tengok barang. Pilih-pilih. Ish. Benda kecil macam tu pun boleh rasa happy. Hikhik. *gedik je.*

At one point, memang aku dah tak larat nak berjalan. Haha.

Esoknya hah! Bengkak-bengkak kaki aku!

Sabtu – Balik Tanjung, mak tegur nampak kaki aku bengkak. Baru aku perasan. Kuat sangat aku berjalan semalamnya tu. Mintak tolong suami yang baik hati sapukan minyak panas. Encik A2lie gelak-gelak je tengok kaki bengkak. Tapi aku tahu, dia kasihan tengok aku macam tu. Dia pun sapu minyak panas. Sweet je. 🙂

Balik dari Tanjung malam tu juga. Sebab Ahad dah nak balik KL. Tak pergi mana-mana pun. Lepak dan tengok tv di rumah setengah hari. Just wanna spend time with him. Lepas rindu dendam. Ewah! Dah petang sikit, dah nak beli tiket, baru keluar. Tu pun beli tiket kat Sri Putri dan ambil bas kat situ juga. Pukul 7:15 bas sampai, berat hati nak balik KL. Tapi tak apalah. 2 minggu lagi, kami ‘kan berjumpa semula. 🙂

Advertisements

2 thoughts on “KL- JB”

Comments are closed.