Bulan Ini Bulan Cinta..

Uh, I always love February. Satu kerana adanya hari kasih sayang – itu saya tidak celebrate, tapi saya sukakan aura hari tersebut. Sana-sini dipenuhi warna-warna cinta. Ada merah, pink, putih dan biru muda. Saya sukakan setiap bunga, coklat dan patung-patung beruang yang comel-comel yang dihadiahkan dari lelaki kepada wanita yang dia cintai. Manisnya. πŸ™‚

Encik A2lie pernah hadiahkan saya bunga di hari kasih sayang . 2 tahun yang lepas.Β  Hihi. Romantik. Manis sangat.. πŸ™‚ *Sebab saya tidak pernah terima sejambak bunga di hari kasih-sayang sebelum-sebelum ini.. huhu.*

February juga adalah bulan kegemaran, kerana istimewanya, hari lahir saya dan hari lahir emak di bulan ini juga. Walaupun saya anak ayah, tetapi sifat-sifat saya copycat emak hampir 100%. (Emo, jeles, cepat marah dll..) Haha.

Pastinya, February ini saya rasa istimewa kerana nanti pada cuti CNY, encik A2lie akan bercuti selama seminggu. Ada juga percutian bersama keluarga di Tg Bidara, Melaka. Seronok berkumpul ramai-ramai, dan tambah seronok berada di samping suami saya yang comel tu. Hihi. Tak sabarnya menunggu 2 minggu lagi. Hiii..

February, semoga cinta semakin mekar mewangi. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Bulan Ini Bulan Cinta..”

Comments are closed.