Kenapa Aku Benci Makcik-Makcik?

Satu-satunya sebab, kerana diorang ada mulut yang laser. Haih. Entahlah. Aku malas nak marah sangat-sangat. Makcik-makcik memang suka cakap perkara yang menyakitkan hati, tanpa fikir tentang perasaan orang. Cuba kalau dia terkena? Tak sakit hati?

Aku dah malas nak cakap pasal facebook lagi. Kawan-kawan yang sebaya ramai dah jadi macam makcik-makcik. Suka nak cakap tanpa fikir perasaan orang lain. Tapi lepas tu bila kena sound balik, cakap pula tentang kita tak sensitif tentang perasaan orang lain. Diorang ada sensitiviti tentang perasaan orang lain ke? Haih!

Bukan apa, tadi. Baru sekejab tadi, seorang makcik yang duduk dekat-dekat rumah aku ni, tengok aku ada di laman berdiri. Terkejut aku ada di sini. Sebab selama ini, dia tahu aku duduk di Johor. Bila begitu, aku explain la. Aku duduk di sini sementara nak tunggu pindah balik ke Johor. Lepas tu boleh dia cakap, “Ha.. Tinggalkan laki sorang-sorang. Kena kebas dengan orang lain baru tau..”

Masya Allah. Sakitnya hati.

Terus aku cakap, “Ha. Apehal cakap macam tu? Elok sangat ke?”

Aku pun dah malas nak bersopan-sopan dengan makcik-makcik laser ni. Kurang ajar ke aku sound balik makcik-makcik macam tu?

Bukannya apa. Aku dah tak fikir orang lain label aku kurang ajar ke tak. Bila dah menyakitkan hati, aku tak boleh nak toleransi lagi. Ada ke cakap macam tu? Suka ke tengok kes laki kena kebas dengan perempuan lain. Cuba aku cakap, laki dia keluar nak cari bini muda. Marah tak?

Bukan baru pertama kali pun kena sound dengan makcik-makcik ni. Bila balik kampung pun begitu juga. Bukan setakat makcik, pakcik-pakcik pun kerjanya nak melaser saja. Sakitkan hati orang. Puas hati agaknya dapat laserkan orang. Padahal diri sendiri pun bukan perfect sangat.

Pathetic tau tak?

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

5 thoughts on “Kenapa Aku Benci Makcik-Makcik?”

  1. Adoi.. kat KL pun ada org gitu ek. Nasib baik aku x dikelilingi makcik2 camtu. Kalau ada makcik2 camtu tanya aku apasal blum kawin misalnya (cth je).. Aku dah plan nak jawab “Napa, makcik nak bermadu dgn saya ke?” Hahaha..Tapi syukurrrrr.. setakat ni xda. Tapi yg meluatnya, rakan2 sebaya yg lebih perangai makcik2. Perghhh.. cabaran. Hehehe

    Like

  2. Entahlah Cida. Nama je duduk kat KL, tapi asal bukan dari KL pun. Kalau dari Melaka tu, mmg la laser. Hahaha. Sabar saja lah. Aku hangin hari tu, lepas tu tetiba rasa kurang ajar pulak. Huhu.

    Like

  3. Ayob : hahaha. alah belog takde benda sgt ni je. biasa2 je. hahaha.

    hahaha. kalo aku jawab cenggitu, tak pasal kena tampar pulak. hahaha. sabar sajalah~~

    Like

Comments are closed.