amyz azlie, emosi

Seminggu Bersama Kekasih Bukannya Lama~

Kami sama-sama ambil cuti seminggu. Seminggu beraya cina. Honeymoon sekali. Haha. Sakan habis. Selama hampir dua bulan ber-pjj ni, kami hanya dapat bersama dua hari, dua malam saja. Tu pun selang dua minggu sekali. Jadi seminggu cuti ni, kami memang habiskan masa bersama. Sehari sebelum CNY, di panas petang Sabtu,  A2lie pun sampai dari Johor~

Balik Melaka masa CNY pun part of our family plan. Ayah nak berkumpul satu keluarga di chalet Pangkalan Balak.  Siap booking chalet tu sebulan awal. Berkumpullah kami, mak ayah dan adik beradik serta anak-anak buah yang bijak tu, dua hari satu malam di sana. Seronok dapat mandi laut. Haha. Bila dah ada di Melaka tu,  ambil kesempatan untuk berjumpa Effa dan Zaidee. Effa dah 7 bulan pregnant. Hihi. Comel betul. Tak la kembang macam aku ni. Huhu.

Amyz & Ariff Fayad
Mak Cu & Ariff Fayad (4m) – Anak Ngah ke3

Bila dah balik KL. Hari Selasa habiskan masa di rumah. Hari Rabu, kami  Bawa Mak pergi jalan-jalan kat Alamanda, sebelah petang pula bertandang rumah Ngah & Kak Yati di Subang. Hari Khamis pula, pergi shopping bersama E1 dan Darwina – haunting baju annual dinner company A2lie next month. Kena cari laptop dan handycam untuk cabutan bertuah annual dinner itu juga. Khamis tu kami pergi 4 tempat, Low Yat, Sungei Wang, Pavilion dan Berjaya Times Square. Fuh. Flat bateri masing-masing bila dah sampai rumah. Tapi, sampai rumah sebelum pukul 12 malam tu. Hehe.

Awin & E1

Awin & E1 – at Tony Roma’s

Aku pun tak sabar juga nak join annual dinner bulan depan ni. Dah beli baju oke. (Over excited pulak~ Haha.)

Banyak masa habiskan kat rumah saja. Tak adalah nak keluar berjalan tiap-tiap hari pun. Sebab rasanya, duduk bersama dengan A2lie kat rumah, bercerita tentang itu-ini, apa-apa saja pun (dan lain-lain lagi.. Haha~), dah rasa best.

Genap seminggu, hari Jumaat lepas, A2lie pun balik Johor. Dalam plan, nak balik Sabtu, tapi mak di kampung kurang sihat. Kenalah jenguk~ Ingatkan nak ikut balik Tg Sedili, tapi A2lie keberatan sebab tak mahu aku penat sangat. Sedih tak dapat tengok mak. Lagi sedih sebab terpaksa berpisah dengan dia.

Mula-mula tu, aku ingat aku boleh kuat dan tak nangis la bila A2lie balik. Aku kemaskan beg, lipat baju, susun barang-barang dia nak bawa balik. Rilex saja masa tu. Mungkin saja nak sibukkan diri bagi mengelakkan dari merasa sedih sayu berpisah dengan suami.

Tapi, lepas A2lie siap-siap, pakai baju, jam dan masukkan wallet dalam saku. Terus, air mata aku berjurai-jurai. Tak mahu berhenti. Sedih gila. Seminggu bukannya lama.. Dah tiba pula saat berpisah. Aduhlah. Erat A2lie peluk aku untuk memujuk. Sampai bengkak dan merah mata aku menangis. Haih.

Terpaksalah redhakan perpisahan sementara ini. Seminggu bersama bukannya lama.. Lagi dua minggu, bertemu kembali. Dugaan. Dugaan. Huhu.

Hai.. hati, tabahlah~

Advertisements

3 thoughts on “Seminggu Bersama Kekasih Bukannya Lama~”

Comments are closed.