March~

Ada beberapa perkara yang penting sepanjang Mac ini. Di dalam petak-petak kalender meja sudah tertulis reminder.

Antaranya:

1. Monthly Check up. Aku kena buat test diabetic takut suspect diabetic sebab aku terlebih berat. Naik 4kg dalam masa sebulan. Series. Aku nervous. Masa nurse bagitau hari tu, aku dah rasa nak menangis. 😦

Satu, sebab ramai kawan takut-takutkan aku betapa test diabetic tersebut merupakan satu perkara yang mengerikan.

Dua, risau kalau aku positif diabetic. Kalau kena masa pregnant saja, tak apa. Kalau lepas bersalin, aku terus kena diabetic? Berulam ubatlah aku tiap hari. Huhu.

Harap-harap tak ada apa-apa. Huhu~

2. Annual dinner company A2lie – 6 Mac

Woh, kami akan bergaya sakan di malam tersebut. Nantikan kemunculan gambar-gambar hot dari kami. Harhar. *Keji je*

3. Ayah, Mak, Kak Teh, Abang & Family, Kak Ngah & Abang Mie akan melancong ke Medan 15 – 18 Mac.

Aku tidak ikut. Sebagai orang yang tertinggal, aku rasa tersisih dan jeles. Tak adalah. Bagusla dorang pergi melancong. Masa dorang ajak last year, aku tak dapat nak confirm kan dari segi tarikh dan kewangan. Jadi, tak dapatlah aku ikut.. Maybe next time, aku nak pergi juga vacation. Tunggu baby dah besar sikit kot. Insya Allah.

4. Konvokasyen UTM 28 – 29hb

Kalau tak ada aral, mengikut surat terakhir UTM hantarkan kepada aku bersama slip result semester akhir aku, Insya Allah, nama aku akan tersenarai dalam konvokasyen yang akan berlangsung akhir bulan ini.

Lagipun aku dah hantar borang konvo awal semester lepas. Siap kena denda lagi sebab lewat 2 hari dari tarikh tutup. Ini semua sebab penyelia cuti waktu aku nak minta tandatangan.

Walaupun dapat kelas kedua, namun aku redha dan bersyukur. Aku tahu, aku bukanlah pandai sangat. Dan aku bangga sebab aku dapat habiskan study dalam masa 2 tahun. 18 kredit tiap semester. Sangat hectic, walaupun aku tidaklah struggle. Siap enjoy sana-sini. Boleh kahwin pula tu masa semester break. Haha.

Alhamdulillah~ Syukur, sebab aku pasti Allah menetapkan terbaik untuk aku. πŸ™‚

Baby ni aktif. Ber-somersault dalam perut ni. Dia sihat ni~ Hehe. πŸ™‚ Aktif. Tapi kadang tak tahan bukan apa. Tiap kali dia terlanggar-langgar dinding perut atau apa lain yang di dalam tu, kadang buat aku rasa tak sabar-sabar nak pergi toilet. Haha.

Dalam bulan ni juga, aku mahu buat 3D/4D scan untuk baby. Tujuan paling utama, nak tengok baby sihat ke tak. Lain-lain, boleh tahu gender lelaki ke perempuan – aku tak kisah sangat. Dapat baby girl atau boy. Janji sihat dan paling best, aku akan dapat anak sendiri untuk disayang-sayang. Selama ni, dok sayang anak buah je. Hehe.

Last, but not least. Baby nak masuk 6 bulan. Lagi 3 bulan untuk baby melihat dunia. Berdebarnya.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “March~”

Comments are closed.