Haih!

Hari Rabu, ada monthly check up. Pergi klinik ibu & anak Cheras yang dekat dengan rumah. Tak sampai 5 minit pun kalau naik kereta. Tapi kalau nak jalan kaki bukan tak boleh. Seksa weh nak naik bukit ke tangki air tu. Tolonglah~

Plus, kali ini, aku kena buat GTT (glucose tolerance test) kerana diisyaki ada diabetic sebab berat badan naik 4kg dalam masa sebulan. Huu.. (-_-‘) GTT ni pula, bila kena buat – aku kena puasa start dari pukul 12 malam, sampailah darah diambil. Haih!

Pukul 7:30 dah tercatuk depan klinik tu, beratur. Depan aku ada beberapa orang dah sampai awal yang aku tak tahu pukul berapa. Nurse buka pintu pukul 7:40 dan bagi no giliran. Aku dapat giliran ke 12 dengan nombor giliran 1012. Ok la. Tak adalah lama sangat nanti ni.

Sementara menunggu giliran tu, rutin check up ibu mengandung mesti kena buat urine test – kotor atau tidak. Jadi beratur la dalam toilet untuk kenc dalam botol. Lepas tu tunggu sampai nurse panggil untuk check kenc tersebut. Haih lagi~

Duduk menunggu lagi. Bawa buku pun aku rasa tak ada mood nak baca. Mungkin next time kena bawa magazine kot. Tak adalah berat sangat nak baca. Cepat mengantuk pula.

Tunggu punya tunggu punya tunggu. Nama aku kena panggil. Oh. Kena buat GTT dulu. Fuh takut~

Nurse ambil darah sebelum minum air gula. Aku kalau time nurse ambil darah memang tak pandang. Entah. Seram sejuk tengok injection. Haha.

Satu lagi tiub darah yg kosong aku kena pegang. Kena ambil darah selepas sejam minum air gula.

Eii.. Minum air gula. Ya Allah. Tahankan saja manis dia. Aku minum sikit demi sikit. Tu pun ada rasa nak muntah, aku tahan saja. Kakak yang tengah tunggu giliran nak minum air gula tu pandang aku penuh simpati. Huhu. Sampai sekarang, kalau teringat, aku rasa nak muntah balik. Luckily, aku tak muntah dalam masa sejam lepas minum air gula tu. Kalau tak kena minum balik. Lagi haru.

Lepas minum air gula, tunggu giliran untuk check up. Timbang dan ambil tekanan darah. Semua ok. Lepas tu tunggu lagi untuk jumpa nurse lain di bilik 5 pula. Nurse ni nanti check perut, ukur besar baby dan dengar denyutan jantung baby. Aku pun dapat dengar juga. Kuat. Aku rasa alive bila dengar baby dalam keadaan yang baik.

Kena consult dengan nurse. Kaki bengkak. Masa rest kena letak kaki atas sikit dari kepala supaya aliran darah dapat turun ke bawah. Mak aku cakap, aku banyak air. Tu sebab kembang semacam. Haha.

Nurse bagi nasihat tentang kebaikan susu ibu. Dari awal kita kena set dalam fikiran, nak bagi susu kat baby. Kalau tak, susu tak ada. Dulu waktu aku belum kahwin, aku ingat tak mahu bagi baby susu ibu. Sebab aku rasa leceh. Tapi sekarang dah bertukar, kalau boleh sampai 2 tahun aku nak dia menyusu dari aku. Benarlah. Allah selalu berikan terbaik untuk hamba-hambaNya. Mudah-mudahan aku dapat bagi yang terbaik untuk anak aku nanti. Insya Allah.

Nurse cakap, baby dah gerak ni, dah boleh dengar. Jadi biasa-biasakan bercakap-cakap dengan baby. Supaya dia kenal suara kita. Hehe.

Nurse tu tanya pasal GTT yang aku buat tadi. Dia tanya, dah minum air gula. Aku jawab dah. Lepas tu dia tanya, tak muntah ke? Aku cakap, ni tengah tahan muntah la ni. Nurse lepas tu bagilah dua-satu nasihat sebelum set next check up. Next check up adalah pada 31hb ini. Tapi petang. Oke la.

Lepas check up, kena tunggu beberapa minit lagi sebelum ambil darah kali kedua sejam selepas minum air gula tadi. Pagi tadi, ambil darah tangan kiri, ni giliran tangan kanan pula. Tak tengok jarum lagi. Pejam mata saja. Huu.. rasa seram sejuk bila kena cucuk. Huu..

Tamat sudah check up. Pergi jumpa nurse di kaunter satu, ambil time slip. Tak adalah orang kata kita lambat datang kerja sebab nak memonteng. Adalah bukti aku pergi klinik untuk check up.

Balik rumah, nak tukar baju sebelum pergi office. Sebabkan aku dari pagi tak makan apa-apa. Sampai rumah nak makanla something sebelum pergi kerja. Mak dan ayah pergi pasar. Tak lama lepas aku balik, mak dan ayah pun balik.

Masuk saja rumah, terus aku pergi toilet. Muntah balik semua air gula yang aku minum tadi. Fuh, nasib baik la sampai rumah, baru muntah. Kalau muntah di klinik tadi, harus kena minum lagi sekali. Hadoi la.

Lepas muntah baru rasa lega~ Haih! Leceh sungguh.

Breakfast dengan mak dan ayah. Ayah beli capati. Sedap juga. Tapi nipis amat capati tu. Haha. Lepas breakfast, terus siap-siap pergi office. Penat jugalah. Tapi nak buat macam mana, dah kerja.. πŸ™‚

Baby dah 25 minggu. Makin hari, makin aktif. Terutama masa aku nak tidur, masa itulah dia suka nak tendang-tendang. Hehe. πŸ™‚ Sabar sajalah.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.