family

Parents On Vacation

Mak, ayah, kak Teh, Kak Ngah & Abg Mie, Abang & Lyn serta Yana pergi vacation minggu ni. Dari Isnin sampai Khamis. Luar negara tu. Haha. Medan to be exact~ Woh! Happylah mak dapat berjalan-jalan. Hari tu dah tukar wang Indonesia. Berjuta-juta. Peh kayanya. Hihi. 🙂

Oleh sebab aku takut nak tinggal seorang di rumah. Bukanlah seorang diri pun, Zaim ada. Tapi Zaim baru baik demam Chicken Pox. Takut berjangkit pada aku. Jadi aku pun duduk menumpang di rumah Kak Long di Semenyih.

Atiya dah excited aku nak menumpang di rumahnya. 🙂 Dah lama tak bermanja-manja dengan Atiya. Kesian dia. Plus, bolehla layan kerenah Hariz dan Hafiz. Macam-macam keletah budak-budak sedang membesar. Hii. Comel! Tak tahulah kerenah anak aku esok macam mana. Harap-harap tak nakal sangat. Hihi. 🙂

Sampai rumah Kak Long semalam, balik sekali dengan Kak Long. Hariz excited mama dia ada sekali. Terlompat-lompat. Gelak-gelak. Buat perangai. Haha. Kak Long kata, kalau tak, dia duduk di depan tv saja tergolek-golek. Ini tak, main bola la. Menyanyi la. Hai.. Macam-macam. Kelakar sangat. Lepas tu pakai spek mata, datang kat aku tanya, mama.. Ayip encem tak? Hahaha. Keletahnya la..

Rombongan Medan akan balik pada hari Khamis ni. Jadi aku tidur di rumah Kak Long sehingga malam Khamis saja lah. Khamis, lepas kerja, aku balik Cheras semula. Tapi flight malam. Mungkin tengah malam baru sampai rumah. Tak apalah. Aku dah ada di rumah. 🙂

Harap mak, ayah dan famili dapat berseronok di sana. Vacation aku? Insya Allah. Ingat nak sambut 2nd Anniversary bersama suami dan anak nanti. Serta berhoneymoon sekali. 🙂

Advertisements