Mama dan Papa

Saya dah mula pakai baju maternity pergi office. Sebab baju kurung semua dah tak muat. Kalau pakai pun nampak ketat di bahagian perut yang sudah membesar~ Hehe. Kadang-kadang nampak comel. Kadang-kadang nampak kembang. Hehe. Biasala, saya selalu ada konflik dengan diri sendiri. :-p

Saiz baju maternity ini rupanya standard. Saya ni tinggi, jadi baju maternity saya singkat sedikit. Sesuai pakai bersama sandal sajalah. Rasa janggal nak pakai dengan kasut sarung. Tak apalah. Kasut boleh pakai bersama seluar. Hehe.

Sekarang sudah masuk 6 bulan. Woh. Diam tak diam. Tinggal lagi 3 bulan saja lagi. Nervous juga ni. Barang banyak belum beli lagi. Saya rasa terharu dengan mak mertua saya yang sudah siapkan barut yang dijahit sendiri, baju, lampin untuk baby serta dua bengkung kakak ipar untuk saya. Terharu betul saya. Syukur sangat. Kurang sedikit barang nak dibeli.

Dan Isnin minggu lepas, saya dan Azlie sempat ke klinik untuk buat 3D scan pada baby. Alhamdulillah, kandungan saya baik. Baby sihat. Aktif dan suka bergerak. Comel. Pipi chubby. Hihi. Gender? Hiii.. Surprise~ Tunggulah waktu lahir ye? Doakan baby dan mama ni sihat-sihat sentiasa. Upload sekali gambar baby yang di scan ini. Yeah~!

Amyz & Azlie's Jr

Encik Azlie sudah mula memanggil saya, mama. Ihh.. Comel! Hihi. Baby gerak semakin aktif. Terutama kalau saya keluar berjalan. Agaknya dia excited. Gerak sana-sini. Sampai rasa perut senget-senget dan selalu tak tahan nak ke toilet. Baby.. baby.. Begitu juga kalau encik Azlie telefon dan berchatting di ym. Tahu agaknya saya berbual dengan papanya. Dia pun bergerak-gerak. Kanan kiri. Rindu papa ye sayang? Alahai..

Encik Azlie beritahu saya, masuk bulan April ni, Mak mertua saya cakap, saya dinasihatkan untuk tidak travel ke JB lagi. Tak bagus untuk kandungan dan kesihatan mama. KandunganΒ  pun akan masuk 7 bulan waktu itu. Tak apa. Encik Azlie akan datang melawat saya di KL. Yeay! Boleh bawa encik Azlie pergi shopping barang-barang baby nanti. Bestnya~ πŸ™‚

Saya akan turun JB untuk konvo akhir bulan ini. Saya ambil cuti 2 hari untuk itu. Jumaat dan Isnin. Seronoknya dapat berlama-lama jumpa encik Azlie. Saya ni, kalau boleh, tiap-tiap minggu nak jumpa encik Azlie, tapi tak apalah. Biar lama simpan rindu, menggunung rasa cinta. Ewah! Ewah! Nanti mak dan ayah pun datang JB juga. Tengok saya konvo dan jumpa besan di Tg. Oh, saya tak sabar dah!

Makin hari, saya rasa seronok mengandung. Terutama waktu baby sedang gerak-gerak. Macam satu miracle. Saya rasa alive~ Alangkah seronoknya waktu-waktu bila baby bergerak-gerak, suami ada di sini untuk berkongsi rasa excited ini. πŸ™‚ Tapi sebab jauh, saya selalunya mesejkan pada encik Azlie, baby gerak-gerak. Saya rasa encik Azlie excited juga. Tapi sebab dia jenis cool. Jadi dia tak tunjuk sangat. Hihi. Saya kalau excited, memang obviously Excited rasa macam nak update status di facebook. Tapi tahan sajalah~ Haha. Malas mahu kecoh-kecoh.

Saya perlu narrow down list barangan baby yang perlu dibeli. Checklist yang saya ambil dari web tu macam banyak sangat. Jadi saya tengok apa yang perlu saya beli sebelum bersalin dan apa yang boleh dibeli selepas bersalin. Dan duit di tangan juga perlu ada untuk bayaran wad, bidan mengurut, dan lain-lain jika perlu. Saya emel checklistΒ  tersebut pada encik Azlie. Hehe. Terkejut juga dia melihat barang yang perlu dibeli. Banyaknya, komen encik Azlie sepatah. Hihi. πŸ˜‰ 1st baby, semua barang mahu dibeli. Huhu.

Target saya, next month adalah untuk membeli barang baby pula. Akan minta tolong pada kawan-kawan yang dah berpengalaman. Insya Allah. Semoga saya tidak terlalu berbelanja sangat dan membuat pembaziran. Beli murah dan berkualiti serta yang diperlukan.. πŸ™‚ Good luck Mama!! πŸ˜‰

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.