Graduation Day Part 1

Alhamdulillah. Setelah 2 tahun tak berapa bertungkus-lumus, akhirnya dapat juga saya menggenggam segulung ijazah. Ferr..Β  Perjalanan nak dapatkan ijazah ini sangat lama. Sejak dari 2003. Dari ambil Muet bersama kawan baik, Fitri – tapi dia dapat masuk UTM dulu dari saya, hinggalah dapat kerja gomen. Kena tunggu 3 tahun untuk confirm. Lepas confirm terus apply UPU. 2-3 kali kena reject. Hanya pada tahun 2007, saya berjaya dapat tawaran masuk ke UTM. Itupun untuk second intake, yang mana pelajar intake ini mendaftar pada 26hb Dis 2007.

Since saya dah ada diploma, dah lebih 5 tahun bekerja – saya dapat banyak perpindahan kredit – 36 jam kredit. Jadi saya boleh buat degree dalam masa 2 tahun – 18 jam kredit setiap semester. Haru tak haru lah. Satu subjek gagal pada semester kedua belajar. Saya ulang subjek tu pada semester pendek Mei 2009. Gila. Subjek tu memang mencabarlah. Huhu.

Saya bukan seorang yang pandai. Saya bukan smart sangat. Saya tak berapa study sangat pun. Apa yang saya ingat, itulah yang saya tulis masa dalam exam. Sebabkan 60% carry mark adalah bergantung pada Test 1 dan assignment, saya pulun habis kat situlah. Ada subjek – markah final exam hanya 30% saja. Mungkin itu banyak membantu pointer saya juga. Dan saya setkan target A untuk subjek-subjek 2 jam kredit. Tapi ada juga sekali subjek 2 jam kredit dapat B. Sedih. 😦

Masa mula-mula masuk tu, saya tak confident. Saya terlalu tua untuk belajar di universiti. Adik-adik satu kelas kebanyakannya sebaya Zaim. Alhamdulillah. Semuanya baik-baik belaka. Rajin. Smart. Semua tu menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar bersama mereka.

Dalam tempoh 2 tahun di sana, saya juga ditemukan dengan insan yang baik, caring dan loving serta kuat menyakat itu – yang mana di akhir tahun 2008, saya dan kekasih hati saya itu selamat diijabkabulkan. (Ni orang suruh belajar, dia pergi kahwin pulak. Harhar.) Saya bersyukur kerana dialah yang membawa seribu bahagia dalam hidup saya kini.

Alhamdulillah. Walaupun setiap semester saya rasa penat, lelah belajar. Tapi setiap semester, saya enjoy life saya to the fullest. Ada masa down. Ada masa stress. Ada masa emo-emo. Biasalah saya. Semua tu ada. Bukan tak ada. Mana ada orang happy sepanjang masa saja kan? πŸ™‚

Tetapi at the end, kita tahu, usaha kita dan niat yang baik kita tidak pernah menjadi sesuatu yang sia-sia. Syukur pada yang Maha Kuasa. Semua ini datang dari Nya. Alhamdulillah~ πŸ™‚

Gambar konvo akan diupload nanti. Belum sampai lagi. Kena tunggu 2 minggu. Haha.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.