Graduation Day Part 2

Pada 28 Mac yang lepas, kembali ke UTM semula untuk konvokesyen. Aku memang rindu dan suka kat UTM, tolak segala biokrasi yang aku pernah lalui di UTM dulu (Pasal depostit rumah dapat lambat, hutang yuran, denda mahal, dll). Series masalah tu sangat tak best. Tapi jika tolak itu semua, aku sayang UTM ni. πŸ™‚

Hari Khamis 25hb, aku dah sampai JB. Naik flight Air Asia. Biasalah. Delay sejam. Duh! Touch down pada 10:50pm. Huhu.

Jumaat 26hb, konon-konon nak pergi raptai pagi Jumaat tu, then lepas raptai nak ambil jubah. Tetapi tak pergi raptai sebab bangun lambat. Oleh sebab stor jubah tutup pengambilan pada pukul 2, terkocoh-kocoh juga nak pergi ambil jubah. Adoi. Lepas ambil jubah, memandangkan encik Azlie cuti. Maka berjalan-jalanlah kami di Jusco Tebrau. Sempat bershopping, sebab gaji dah masuk hari sebelumnya. Hehe.

Malamnya pula, lepas encik Azlie belanja makan Seafood di Senibong yang best. Kami pergi KBox di Masai bmenghadiri birthday party As, isteri kepada Wan, kawan se-office encik Azlie. Sebabkan segan, tak adalah gua nak melalak-lalak. Tambahan pula tengah flu. Suara sengau semacam. Tapi Wan desak juga. Akibatnya terpaksa berduet dengan encik Azlie – lagu Sandarkan Pada Kenangan. Semput okey! Haha.

Sabtu 27hb, mak, ayah, kak Teh, Atiya dan Yana sampai dari KL. Kami dah sewa homestay yang merupakan sebuah rumah teres dua tingkat 3 bilik di area Tmn Mutiara Rini, Skudai untuk penginapan kami sekeluarga.Β  Rumah dia cantik. Lengkap dengan TV, Sofa, katil untuk setiap bilik. Ada dapur untuk masak-masak. Ada peti ais juga. Oke lah. Murah juga dari sewa hotel. Dekat dengan UTM. Senang. Malam tu, kami ke Damai Seafood Restaurant area Perling untuk jamu selera

Ahad 28hb. Hari yang ditunggu. Ewah. Sebabkan konvo di sesi petang. Lengah-lengah la juga pagi tu. Hihi.

Atiya, Mama & Yana di Homestay sebelum ke UTM

Pukul 12 baru sampai UTM. Aku pergi register konvo di bangunan Koperasi. Lepas tu ambil pakej gambar studio. Bayar dan siap ambil nombor giliran sekali. Takut lama kena menunggu masa ambil gambar lepas konvo pula nanti.

Sempat jumpa Leya, Ain & Nilam sebelum konvo. Adui. Rindu sangat kat diorang. Best betul! Lepas tu ada surprise dari Nett & Azlie. Hiii.. Suka sangat! Terima kasih Kak Nett. Terima kasih sayang~

Katak Konvo dari Kak Nett. Mwah! TQ darling
Sejambak bunga dari encik Azlie. TQ my Hubby. Mwah!!

Pukul 1:30 aku pergi beratur. Tapi sebabkan sedang membuyong, dapatlah aku duduk dan tak beratur ramai-ramai di situ. Haha. >:) Then, berarak masuk ke dalam dewan. Lepas masuk dewan, kena tunggu lah senat-senat, profesor-profesor, canselor, dan akhir sekali, pro canselor masuk. Barulah majlis start. Skip semua part, pukul 4:30, baru turn fakulti aku naik pentas ambil album ijazah tu. Yeay! Pukul 5:00 habis. Rasa nak menitis gak air mata. Ewah. Keluar dewan, terus cari mak & ayah. Jumpa mak dengan encik Azlie. Mak menangis terharu. Aku pun sebak juga. Huhu.

Album Ijazah

Hampehnya la anak-anak buah aku pergi tidur dalam Masjid. Haha. Tak dapat nak tengok aku naik pentas di tv besar dalam khemah depan dewan. Usai solat Asar, kami pun pergi ambil gambar di studio UTM. Giliran sebenarnya dah terlepas. Aku pergi tanya kat kaunter gambar tu, dia terus ambil giliran aku untuk ambil gambar. Ambil pakej 3 pose. 1 pose gambar seorang,Β  1 pose gambar 2 orang which is – gambar aku dan encik Azlie dan 1 pose lagi gambar satu keluarga. Merasa ambil gambar dalam studio. Haha. Lawak ajelah~

Sambung part 3 pulak lah. Panjang sangat nih~ Hihi.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.