amyz azlie, family

Kunjungan Ke Tg Sedili.

Ni masuk part 3 Graduation Day. Tapi since dah habis graduate, tajuknya di tukar. Hihi.

Selepas sesi bergambar, terus pulang jubah, ambil ijazah dan transkrip lengkap – ini memudahkan aku nak mintak diskaun pada pinjaman boleh ubah JPA. Harap-harap dapatlah bayar sedikit saja. Hihi. 🙂

Ingatkan nak singgah ke pesta konvo, tapi jalan nak ke sana jammed. Tak jadi la pula. Kesian kat kak teh yang nak singgah. Sebabkan tak jadi nak singgah pesta konvo, terus balik Tg Sedili.

Sampai Tg Sedili dah pukul 8. Tepat pada jangkaan encik Azlie. Sampai-sampai, mak & ayah borak-borak dengan mak & abah. Mula-mula Atiya & Yana malu-malu dan behave. Lepas malu dah hilang, mula la lari-lari kat halaman yang luas tu. Ambuii~

Famili Abang dan Kak Ida ada di Tg Sedili. Kak Ida masak. Hehe. Rupanya bekalan air terputus kat situ. Risau juga aku. Tapi Mak dan Abah memang ada simpan air dalam tong-tong. Kiranya cukup-cukup jugalah. Dah 3 hari tak ada air sebenarnya. Abang & Kak Ida siap pergi mandi kat perigi lagi. Wah~ Seronoknya mandi kat perigi. Dah lama tak mandi kat perigi.

Hah! Dapat juga jumpa si Ajid – anak buah kesayangan encik Azlie. Hihi. Malu-malu jumpa Atiya dan Yana. Dengan aku tak mahu salam. Salam dengan awek pula. Hiii.. Geram!

Lepas makan, famili abang & Kak Ida balik. Ayah dan Abah berborak panjang. Lama pula tu. Mak sama Mak berborak juga. Aku rileks-rileks sajalah. Layan anak buah. Mulanya ada tempah chalet di Mutiara Beach Resort, tapi bila call kat sana, diorang pun cakap tak ada air. Ayah willing nak tido kat rumah Pak Ngah, aku pun ok sajalah. Terharu aku bila tengok Mak layan family aku yang datang dari KL dengan baik. Dia nak pastikan family aku comfortable~ Seronok sangat. Lepas tu layan anak-anak buah aku yang ada saja nak itu ini. Sabar sajalah~

Rupanya di rumah Pak Ngah, air dalam tangki dah habis. Ayah tak dapat nak ambil wudhu. Azlie hantar air buat cuci-cuci dan berwudhu.

Isninnya, bangun awal. Mak siap kejut sebab parents aku dah bangun nak mandi. Mak suruh bawa mandi kat perigi. Encik Azlie cedukkan air dari dalam perigi untuk isi dalam tong di tepi perigi. Senang ayah dan mak guna, tak payahlah nak ceduk air dalam perigi lagi. Hehe.

Kak Teh, Atiya & Yana pun mandi kat perigi juga. Excited Aitya dan Yana mandi perigi. Terloncat-loncat. Suka sangat diorang.

Breakfast nasi lemak dan karipap. Singgah pantai Jason Bay. 10 minit dari rumah Mak. Air tengah pasang. Ombak pun besar. Tak dapat nak bagi budak-budak mandi. Takut. Duduk-duduk lepak. Tengok pantai. Aku pun dah lama tak mandi laut. Nak juga mandi. Tapi nanti-nantilah. Hehe.

Ayah & Atiya menikmati pemandangan di Jason Bay

Lepas balik dari Jason Bay, famili aku pun bersiap-siap nak balik. Nak hantar Atiya lagi. Kalau lambat-lambat nanti sampai lambat pula kat KL.

Mak sangat melayan anak-anak buah aku ni. Manjakan. Agaknya dah lama tak ada cucu perempuan yang kecil. Layan saja diorang membebel apa pun. Nak apa pun. Siap bekalkan kek untuk Atiya dan Yana. Bagi duit belanja pula tu. Haih! Segan juga aku. Aku cakap kat Atiya & Yana, suruh diorang tinggal kat rumah nenek ni. Temankan nenek. Kalau nakal, nenek kurung dalam reban kucing. Hah! Bukan reti takut pun.

Mak melayan Atiya & Yana

Pukul 11:30, kami bertolak balik. Encik Azlie ikut. Makan tengahari di Kota Tinggi. Restoran sebelah Restoran Nasi Ayam Basher. Lepas makan, terus menuju ke Skudai. Sampai tol Kempas, ayah & mak solat Zuhur dulu. Lepas salam-cium-peluk encik Azlie, aku pun transfer ke kereta Ayah. Encik Azlie nak jumpa kawan dia di Skudai. Kami teruskan perjalanan ke KL. Pukul 6:30 sampai Semenyih hantar Atiya. Hujan. Makan malam di rumah kak Long dulu. Kemudian, baru balik rumah. Pukul 9 sampai rumah. Lelah juga sebenarnya. Esoknya dah nak masuk kerja. Letih-letih~

Bangun pagi Selasa tu rasa macam nak sambung tidur, tapi memandangkan ada mesyuarat seksyen pembangunan sistem. Bangun jugalah dengan perasaan yang malas-malas dan rasa tak best sebab berjauh dari encik Azlie. Huhu.Tak apalah. Tak lama saja lagi. 🙂

Advertisements