Cerita Tentang Baby Pula

Minggu ni masuk minggu ke 30. Lagi 10 minggu lagi nak due. Actually, aku sangat nervous. Tapi, tak sabar juga nak lihat baby lahir. Macam mana rupa dia? Rupa Azlie ke rupa aku? Hehe. Tapi tak kisahlah. Janji dia sihat, dan yang penting dia baby kami. πŸ™‚

Sabtu lepas, adalah hari shopping barang baby. Aku, Kak Ngah, Kak Teh, Adik, Kak Long & Famili pergi ke Baby Store di Bandar Baru Bangi untuk membeli belah secara hebatnya. Aku bajet pun memang around RM500. Tapi bawa duit lebih sikit, just in case.

Most of barang keperluan dapat dibeli. Kira barang-barang yang wajib ada dah beli, macam set tilam, lampin, set mandian & losyen, cotton bud, botol susu, baju-baju, kain bedung, disposal diaper untuk newborn, lapik getah, sarung tangan dan kaki, berus botol baby, dan barang keperluan untuk mommy sedikit.

Aku bajet RM500. Then semua-semua tu dalam RM525 saja~ Aku rasa oke la. For 1st baby. Tak apalah aku belanja lebih sedikit untuk baby.

Ada juga tambah sedikit, sebab kat kedai tu tak jumpa. Nak beli digital thermometer, sepit kuku dan medicine dispenser. Aku beli secara online. Dapat murah la juga. Banyak pilihan.

Tak apalah. Buat masa ni, tak payah nak beli apa-apa lagi. Dah cukup dah tu. Hehe. Stop shopping lagi ye Mama..

Nanti lepas baby lahir, perkara-perkara yang mahal yang perlu ada macam katil baby. Kalau dia nak tidur dalam buai, kena beli buai dia. Kalau nak bawa jalan-jalan, kena ada stroller, car seat, baby carrier. Kalau larat dukung, tak kisahlah. Hehe. Car seat pula, aku prefer letak baby dalam car seat dari pangku dia masa dalam kereta. Takut-takut aku terlena ke, tertidur ke. Ish Ish. Ha, barang-barang tu semua memang tak murah. Tapi tak apalah. Nanti try cari yang murah jugalah. Kena pandai survey. πŸ˜‰

Sekarang ni baby dah besar dan makin memenuhi ruang rahim. Jadi sedikit pergerakan dia, aku dah terasa. Macam bila aku nak tulis coding, time tu dia gerak-gerak dengan aktif. Jadi aku terpaksa menyandar ke belakang, beri dia reda gerak. Lepas tu baru sambung kerja balik. Hehe. Baby.. Baby.. Besar esok jadi computer savvy juga macam Mama & Papa agaknya. Hihi.

Another 10 weeks to survive. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Amin. πŸ™‚

Cerita pasal mama sedikit. Aku dah tak boleh jalan lama-lama dah. Bengkak kaki obviously nampak bila aku jalan lama sedikit. Hmm. Tiap malam pun memang tidur, kaki letak tempat tinggi. Mula-mula dulu, surut juga. Tapi dua-tiga hari ni, tak nampak surut sangat. Mungkin sebab dah nak masuk 7 bulan. Badan pun dah berat. Jalan pun dah tak larat. πŸ™‚ Nanti nak sapu minyak panas la kot-kot kurang sedikit bengkaknya. Asyik kena tegur dengan kawan-kawan dan nurse saja. Huhu. Tak best sangat.

Memang ikut mak sangat bila mengandung sulong ni rupanya. Mak cakap memang masa mak mengandung dulu punyalah kembang. Hihi. Samalah macam aku ni pun. Huahua… Nak buat macam mana? It runs in blood.. Hihihi.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.