Lain-Lain Hal.

Kelengkapan baby hampir lengkap. Kecuali stroller & car seat – oh nanti-nantilah dahulu~ For next gaji, aku nak beli keperluan ibu pula.

1. Set bersalin
2. Tungku
3. Breast pad/Bra pad

Buat masa ni, 3 ini yang terpenting. Ni nak ready awal-awal, senang sedikit. Aku bajet around RM200 sajalah. Beli yang tak mahal sangat. Ini untuk aku, tak apa – tak mahal.

Set bersalin HPA dalam RM70. Tungku tu harga dia RM30++. Ada kawan nak belikan di Kedah. Elok untuk kegunaan masa dalam pantang dan tahan lama. Ada tungku moden sekarang ni, tapi panas tak lama.Β  Mahal pula tu. Satu tungku tu harga dekat RM90. Malas la bazir-bazir. Lagipun tungku traditional ni, walaupun berat, tapi tahan lama. Murah pun murah.

Breast pad ini adalah perlu sebab nursing bra yang aku beli agak nipis. So, bila breast nanti penuh dengan susu, err faham-faham sajalah. Jadi kena cover-cover ye? Nanti tak pasal-pasal orang cakap aku tak pakai bra pula. Uhh. Bahaya untuk kesihatan. Haha. Aku baru survey online. Tengah fikir nak beli reusable atau disposal. Tengok keadaan. Mungkin beli dua-dua juga. Just in case. Quite expensive. Nak kena survey mana yang murah dulu.

Adik ipar aku cakap tuam baby kena buat. Entah bila nak buat aku pun tak tahu. Nak minta mak yang buat kot. Tuam baby ni, guna masa lepas mandikan baby, kita tuam perut dia, kaki dia, if lelaki, kena tuam-tuam kat kawasan private dia. Untuk buang angin dan tak mahu baby kembung. Adalah fungsi-fungsi lain. Aku tak ingat. Haha.

Itu yang penting dan perlu. Lain-lain, nanti-nantilah dahulu.

Dah 31 minggu. Tinggal lagi 9 minggu. Itu kalau bersalin cukup 40 minggu. Kak Long kata, kalau aku bersalin masa 38 minggu macam dia? Tinggal 7 minggu. Insya Allah. Mudah-mudahan dipermudahkan. Doa-doa sajalah. Cuma aku harap sangat, masa aku kat labor room tu, Azlie ada temankan aku disebelah. Pegang kepala dan tangan aku. Doakan aku selamat.

Tadi pergi check up. Semua ok. Cuma kaki bengkak. Memanglah bengkak. Nak buat macam mana. Orang mengandung memang macam ni. Ehehe. Next week 21hb kena datang klinik balik untuk buat test diabetes tu lagi sekali. Sebab result test hari tu, paras gula dalam darah hampir borderline. Kena buat lagi sekali untuk sahkan aku tak ada diabetes. Ah! Tak sukanya!! Harap-harap tak ada apa-apalah.

Dan lain-lain hal? Mudah-mudahan juga, pertukaran ke JB dapat dibuat sebelum aku bersalin. Amin.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.