Hati Hancur. Berkeping-Keping.

Mungkin tajuk agak exaggerate. Oh, so amyz~ Entri ini adalah entri yang emosi. Sangat. Mungkin. Tak salahkan hormon pregnant pun. Tak salahkan sesiapa. Cuma mahu luahkan perasaan pada ruang aku di sini. Ya. Orang lain mungkin ada masalahnya tersendiri. Mungkin lebih besar dari aku. Dan sekali-kali tidak, aku tak minta simpati dari sesiapa.

Ini tentang kerja, persekitaran dan yang sewaktu dengannya.

Kecewa aku dengan permohonan pertukaran ke Johor yang sampai ke sudah belum ada jawapan. Kalau orang yang dah kahwin akan emosi, bila orang lain tanya, kau dah mengandung ke? Tetapi aku sekarang emo dan sedih bila orang tanya, Ami belum dapat tukar lagi ke? Haha. Serius emo dan sedih.

Lebih kecewa bila aku call JP*A, bertanya status terkini. Jawapan mereka, tak tahu dan tak pasti. Sedih tak? Macam mana korang buat kerja? Maksudnya korang tak tahu buat kerja la eh? Habis, asyik jawab tak tahu dan tak pasti je. At least, bagi info. Dah berzaman permohonan pertukaran aku tu pun. Bukan sebulan dua. Masuk bulan Mei ni, dah setahun aku apply ok!

Entahlah. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Sekarang dah nak akhir bulan April. Bila aku boleh tukar ke JB? Mei? Jun? Lepas pantang? Entah. Aku tak boleh nak jawab. Aku hanya boleh tunggu saja. Macam tunggu suatu keajaiban berlaku.

Itu baru satu.

Walaupun kerja mengadap koding tiap-tiap hari, aku tak kisah. Sebab aku suka programming dan develop sistem. Barulah skills programming aku boleh improve.

Kalau baby lahir, tetiba pandai koding, aku tak hairan. Haha.

Jadi, bila masa meeting semalam, my supervisor cakap tak faham sistem aku, aku rasa kecewa. Kenapa selama ini, masa sistem dibangunkan, dia tak cakap pun dia tak faham. Tetapi lepas semuanya dah siap, dia cakap dia tak faham dan sistem tak menepati citarasa dia?

Heh. Tak nak cakap macam mana hurt nya aku waktu tu. Waktu dia discuss sama-sama dengan aku pun tak pernah cakap pun dia tak faham sistem. Tetapi, tiba-tiba, depan kawan-kawan satu team yang lain – dia cakap, sistem tu tak menepati piawaian yang dia mahukan. Entahlah aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku speechless~ Macam apa yang aku buat selama ni tak berbaloi. Macam sesia aku balik lambat nak siapkan semua tu. Sampai aku tak hiraukan baby gerak-gerak dalam perut pun bila aku tengah concentrate buat koding. Rasa bersalah – sebab aku tak bagi perhatian pada baby. Boleh pula macam tu ek? Haha.

Esok aku kena buat balik semua-semua yang aku dah buat tu. Sedih. Kecewa. Semua ada.

And then.

Aku berdikari kat sini tak ada Azlie, diorang ingat aku tak sedih ke? Semua tu kena tolak tepi. Kalau tiap-tiap hari sedih, kesian baby. Kesian kat diri aku sendiri. Orang lain mana fikir perasaan orang lain kan? Tak pernah nak fikir pun. Bila orang tanya itu ini, kadang menyakitkan hati pun, aku diam saja. Aku senyum saja. Nak buat macam mana? Tak kan nak tampal mulut orang dengan plaster? Again, aku learn my lesson la. Siapa pun nak kesian kat diri kita ni, selain dari kita sendiri.

Entri ni aku tak maksud apa-apa. Aku tak minta orang simpati kat aku pun. Cuma, aku perlu juga luahkan emosi aku yang sedang huru-hara ni~ Tu saja. Walaupun tajuk entri hatinya hancur berkeping-keping. Hehe. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

5 thoughts on “Hati Hancur. Berkeping-Keping.”

  1. alololololorrrr sabar la kak. bila bab kerje ni mesti ada ada je taik orang nak buat kat kita. yg penting akak dah buat sehabis baik, n memang totally salah dia sbb selama ni dia tak komen apa2 pun psl sistem akak tu.

    jangan sedih2 yer πŸ™‚

    buat cool. insya-Allah.. proses nak transfer akak tu pun nanti ok la tu. doa byk2. saya pun tolong doa nih.. huhu..

    love ya!

    Like

  2. hmm. harap dapatlah pertukaran tuh dengan cepat. lembap juga dorang nak buat decision and hampeh punya supervisor. cuba cakap awal2! apara!

    tapikan, ayat2 terakhir about kesian tuh, ingat ex-boss aku dulu cakap, “kita kesian kat orang, siapa kesian kat kita?” selalu aku kena soal macamtuh bila dok backing staff2 yg biolkan otak aku.

    sometimes bila aku fikirbalik, betul jugak soalan dia tuh, siapa kesian kat kita? not that we need it but it keeps on our toes untuk berpada2 sikit when dealing with everyone around us.

    Like

  3. Darwina : pasal kerja tu, entahla kan tensen akak. tu sbb semalam lepas gi check up. malas nak gi kerja. haha.
    thanks a lot dear.. insya Allah~ mudah-mudahan dipercepatkan pertukaran. πŸ™‚

    Ika : betul tu. kita mmg senang nak kesian kat org. tapi org bukan kesian kat kita pun. mungkin a bit selfish, tapi kita sekali-sekala, kena put ourself ni at top priority. baru org tak buli kita sewenang-wenangnya.
    masaklah kalau asik nak ikut kehendak org je.. huhu.

    Like

  4. salam kak amy,

    saya penah rasa apa yg akak rasa skrg. dah lah ngandung,dok umah sesorang n tiap2 hari nangis. tekanan kerja..tekanan berjauhan dengan suami. tapi alhamdulilah masa ngandung 6 bulan husband dapat pindah. rezeki anak gamaknya….insyallah kak baby tu mesti bwk rezeki. mudah2an permohonan akak utk pindah dipermudahkan amin….

    Like

  5. Salam Ifah, πŸ™‚

    sedih juga tu. tapi akak bernasib baik jugala sbb duduk dengan parents. tak adalah sampai tiap2 hari nangis. kesiannya kat awak. huhu.
    insya Allah. mudah-mudahan permohonan pertukaran tu dipermudahkan. aminn.. terima kasih atas doa Ifah. mudah-mudahan makbullah hendaknya. πŸ™‚

    Like

Comments are closed.