Like It!

Enough with entri yang emo-emo dan terganggu. Hehe. πŸ˜‰

~~~

Aku baru install pluggin ‘Like Button’ untuk setiap entri, macam dalam facebook,Β  yang kau boleh ‘Like’ kat status, entri, gambar kawan-kawan kau. Tapi ada rasa macam keji sikit dan seolah-olah mengharap orang akan ‘Like’ entri aku pula. Haha.

Oke. Kalau mahu install WP-Like Button ni, boleh pergi di sini. Tapi hanya untuk WordPress saja ye? πŸ˜‰

β™₯β™₯β™₯

Recently ada beremail-email dengan Effa. Dia dah 37minggu++. Insya Allah bersalin awal-awal Mei nanti. Dengan Effa, kalau tak bergelak secara haram tak sah. Padahal dalam email saja tu. Part yang aku nak tergelak golek-golek tu, dalam email, si Epah boleh tulis macam niΒ  :

skrg ni, suspen gila tak macam bersalin zaid 2005 dulu.. yealah budak2 lagi waktu tu, tak de pengalaman, dah hari masuk wad pun tak tau lagi rupanya check bukaan tu kena seluk tangan, ingatkan pakai pembaris ke, pita ukur ke..hahahahaha.lagipun perkara pertama waktu tu ialah nak pass exam KDC kat perlis, baby pulak pastikan keluar waktu yang sesuai. janji dapat exam. sengal sungguh lah pemikiran time tu~ hahahaha.mmg tak hairan lah zaid tu addict ngan komputer. :-p
baby boy? hehehe..tahniah weh, tahniah.. jangan letak azlan bin azlie dah lah. kang jadik macam zaid Β zaidee aku. hahahaha.

Haha. Sungguh sengal lah~ Dari dulu tak hilang-hilang juga perangai buat lawak dia ni. Effa, Effa, sengal-sengal kau pun aku tetap sayang. Hahaha. Aku harap kau dan baby selamat dan sihat nanti. Amin. πŸ™‚ Sementara ni, jaga diri baik-baik lah ye? Jangan kerja berat-berat sangat.

Dan, kita senasib la Effa. FB dah kena block sejak semalam. Haha. Aduhlah. Nasib baiklah masih boleh Twitter dan YM~ Kalau tak, memang buntu kepala aku. Huhu.

###

Sabtu lepas, ada kenduri kesyukuran di rumah aku. Parents buatkan sempena aku pregnant sulung dan dah 7 bulan. Kalau orang dulu-dulu, diorang buat melenggang perut. Tapi, aku tak adalah buat semua tu. Orang kata syirik. Entahlah. Buat kenduri kesyukuran ni,Β  selain dari mengandung, ia termasuklah juga bersyukur kerana aku sudah tamat belajar dan dah dapat degree. Alhamdulillah. Sedekah pulut kuning dan rendang daging pada semua yang hadir. Dan panjatkan doa semoga aku selamat dan dipermudahkan sewaktu melahirkan baby kelak. Mudah-mudahan. Insya Allah. πŸ™‚

Sampaikan Mak dan Kakak dari JB sanggup datang. Terharu rasanya~ πŸ™‚ Mak siap buatkan acar buah untuk kenduri lagi. Sedap seh acar buah Mak~ Nyum. Nyum.

Paling penting, mestilah encik Azlie kena ada~ πŸ™‚ Jenuh rasanya tunggu 2 minggu sekali jumpa. Fuh fuh. Tak apalah. Janji jumpa.

+++

Banyak benda nak cerita. Tapi bukan dalam satu entri. Nanti berjela-jela. Pening orang nak membaca. Bersambung kemudian ye? πŸ˜‰

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

12 thoughts on “Like It!”

  1. selagi you tak like entry i, i takkan like any of your entries HA HA HA! oh aku suka boleh gelak evil kat sini tanpa rasa guilty and damn, aku pun suka baca email effa itu, sure kalau nama azlan dah list down, now kau cancellah ek?

    and pulut kuning? damn, rugi man rugi! aku hantu pulut kuning betul!

    Like

  2. oh oh btw, kenapa aku tak tahu wp ada guna function ni? is it that ‘surprise’ thing that kept blabbering about?

    Like

  3. Nonah : I selalu like-like your komen, notes apa dlm fb. blog? apa url u? sampai hati tak kasi kat i.. hukhuk. hahaha.

    Hahaha of course la nama azlan tak ada dlm senarai. takpe. untuk nama baby boy, sudah diserahkan part itu kepada encik azlie memilihnya.

    aku teringin pulut kuning hari tu. sebab tu suruh mak aku masakkan dan beri pada tetamu yg datang. kalau aku tahu ko suka, aku tinggalkan sedikit untuk ko. tapi dah habis la beb. next time ye? πŸ˜‰

    aku rasa function ni baru kot. aku jumpa kat blog siapa ntah. aku search, dpt, terus install dlm wp. tak susah sgt pun.

    haha. takde apa la nak simpan sgt pun. cerita2 lain. tengah cari idea. haha.

    Like

  4. hehe. i like.. πŸ™‚

    aku dah kat kampung nie.menunggu hari. malam td mcm contraction tp rupa-rupanya perut lapar laa~ cis cis. sib baik tak gi spital, kang tak pasal2 kena sekeh dengan nurse.

    apa pun jaga diri..doakan aku selamat dan mudah semuanya..aminnn.. πŸ™‚

    Like

  5. nonah : hahaha. OMG!!! Ketinggalan giler gue nih~ dem! dem! dem! how could i ever missed???? dem again! hahaha. i will catch up every entri.. and u takde butang like kat entri u.. how nak like? oke la. i komen tiap entri u, i likee!! keji tak? hahahaha.

    effa : hahahaha. perut lapar rupanya. sadis betul lah. aku tiap2 malam laa perut ni keras-keras. bukan lapar la tapi.. hahaha.
    insya Allah. aku doakan dipermudahkan ko bersalin dan selamatlah ibu & baby k? amin… πŸ™‚

    Like

  6. effa, sadis okay, sadis, kalau aku jadi nurse, mahu aku paksa kau makan puas2 kalau datang hospital ingat contradiction tetapi sebenarnya lapar ha ha ha ha (this is why i am NOT a nurse!)

    amyz, hahahaa, sumpah aku tak tahu pekejadahnya like button itu????

    Like

  7. nonah, ko tak nampak ek ada butang like dengan imej thumb ups di bawah entri sebelah kiri? sebelah kanan di bawah entri pula link komen.
    ala fungsinya mcm nak like2 status fb kawan-kawan jugek. hahahahaha. takde mendalah. saja letak untuk suka-suki je. macam lah ramai sgt org baca blog aku nih. hahahaha. dah 7 komen ni pun byk komen pun dtg dari ko ngan aku je. hahahaha. =))

    Like

  8. ha ha ha weih, aku taulah usernameku nonah tapi apa baik sangat dok panggil nonah gak?

    oh, aku dah nampak like button tuh tapi tak nampak di wp ku. tapi takpe, aku lagi nak check, wth does “this post is super awesome does”, perasan tak bila update on wp, next to it ada this box to tick bila nak click on publish post?

    Like

  9. ika, nonah tu cam comel gile nick tu laa. hahaha.
    yeay. blh la like2 entri aku. hahaha. keji jer. haha.
    kat wp aku tak ada pulak box to tick bila nak click publish post. wp ko spesel sket kot. hahaha~

    Like

  10. aihhhhh plak dah. kotak tuh betul2 atas publish button. this post is super awesome.

    apa beza wp kau dgn aku eh? mungkin kau berbayar kot hahahha

    Like

  11. series aku takde kotak tu. agaknya kena install kot. dia tak sekali dengan wp yang aku dpt ni. huhu.
    wp ni free je. hosting je bayar. haha. tu pun yadziz kasi free sebab nak domain mygj.net ni je la. hahahaha.

    Like

Comments are closed.