Senarai Gembira

Walaupun aku mengalami banyak masalah masa pregnancy ni. Dengan muntah-muntah (still continuous sampai sekarang pun ada lagi sikit-sikit), dengan darah yang kurang, dengan kena buat test MGTT (glucose test for diabetic), sampai dua kali, dengan kaki dah bengkak-bengkak, dengan muka kembang-kembang.Β  Termasuklah berjauhan dari encik Azlie. Tapi, tabahkanlah hati, anggaplah ianya dugaan sewaktu mengandung. πŸ™‚

*Harap-harap tak adalah orang kata, aku macam seekor teletubies yang tertelan lagi seekor teletubies. Huarr..

Sekarang, mahu senaraikan perkara-perkara yang happy semasa mengandung. Banyak jugalah. Hehe. πŸ™‚

Sebabkan duduk dengan parents, boleh dikatakan, aku banyak skip dari buat house-chores. Macam membasuh (kecuali basuh baju kerja which is, memang aku akan basuh sendiri every week.), memasak dengan alasan loya gila bau bawang yang ditumis tu. Serius, aku boleh muntah-muntah. Lagi, basuh pinggan mangkuk – takat basuh pinggan sendiri saja. Haha. Keji. Mengemas – kecuali bilik sendiri. Bukan susah sangat pun. Vacum saja~ Mak pula selalu masakkan apa yang aku suka nak makan. Hari tu mak buat sambal sotong bila aku cakap nak makan sambal sotong. Sumpah, sedap!!

Tapi tak adalah sampai manja kena berhantar berjemput pergi dan balik kerja. Aku still drive pergi kerja. Kadang larat dengan tak larat sajalah. Kalau tak larat, aku balik lambat-lambat sebab malas nak harung jammed. Still, MRR2 jammed sesaja kat Bandar Tasik Selatan sampai exit Bandar Tun Razak tu. Tak pernah tak jammed. Huuu.

Adik beradik pun layan aku dengan baik. Kalau aku nak pergi shopping ke, diorang sanggup nak temankan dan drive untuk aku. Siap belanja makan lagi. Kecuali masa encik Azlie ada di KL. Ngehehe. πŸ˜€

Aku tak beli baju maternity banyak. Kakak ipar dan biras ada berikan. Banyak jugalah. Lepas jugalah untuk dipakaiΒ  selama 2 minggu berturut-turut. Aku beli lagi 5 helai. Kebanyakan yang aku beli bukan untuk masa pregnant saja. Boleh pakai lepas pregnant juga. Hehe. Jimat beb, jimat. πŸ™‚

Mak mertua dah siapkan barang-barang untuk baby, termasuk jahitkan 5 helai barut baru untuk baby. Dan berikan bakul baju baby untuk di bawa ke hospital kelak. Alahai. Terharu sungguh aku. Kalau aku balik Tg Sedili, mak pun masakkan apa yang aku mahu makan. Huhu. Manja betul!!

Kat office pun, ramai kawan-kawan yang concern dengan keadaan aku. Bila aku tak selera nak makan nasi, sanggup temankan aku cari makan kat Alamanda – yang selalunya aku hanya makan waffle yang ada 2 scoop ice-cream dan beberapa keping peach.Β  Sedap!

Kawan-kawan rapat pun banyak jadi tempat aku luahkan emo-emo yang tak sudah-sudah. Hehe. Ini pun termasuk dalam senarai perkara yang buat aku gembira ok~ :-p Termasuklah tips-tips dan panduan untuk ibu mengandung oleh Kak Fat & Daun. Hihi.

Dan perkara yang paling-paling best, tentulah dimanjakan oleh suami sendiri. Mungkin sebab jauh, dan tak dapat nak beri perhatian sangat. Jadi masa-masa berjumpa itulah, apa yang aku mahu, encik Azlie cuba penuhi. Haih! Tapi tidaklah sampai aku demand yang bukan-bukan. :-p

Tambahan lagi perkara yang paling berharga dan gembira ialah dapat mengharungi perjalanan menjadi seorang ibu. Biar susah, biar payah pun. Demi baby ni, aku redha. Walaupun sekarang baby sangat aktif bergerak, terutama waktu malam, dan mama terpaksa dendangkan zikir untuk baby tenang dan senyap, dan ada sesekali perut rasa senak sebab pergerakan baby. Dan perut aku nampak bonjol-bonjol setiap kali baby berpusing-pusing. Buat aku rasa syukur kerana baby sihat dan aktif. πŸ™‚ Semua itu buat aku rasa gembira, dan terharu – kerana aku bakal menjadi seorang ibu~ Mudah-mudahan aku dapat menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kami kelak. Insya Allah. πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Senarai Gembira”

  1. aku suak entry sbb ni sbb aku konon nak ampu sikit mak2 mengandung ni semua, jadi dorang rasa happy ada orang appreciate dorang update entry malam2 buta ya?

    Like

  2. hahahaha. bila lagi aku nak update? kat opis tak sempat. kat rumah sajalah. nak buat ayat lagi. wooohh.. bukan senang nak buat entri panjang2~ hahaha..

    anyway, aku hargai komen2 ko. really appreciate it! πŸ™‚ haha.

    Like

  3. oh oh suak plak. suka. haruslah dihargai, bukan hari2 aku komen blog orang, blog kau jer hahahahahaah.

    Like

Comments are closed.