bff, tulis

Sepetang Hari Ahad

Memang dah lama berhasrat nak jumpa Puan Daun untuk meminjam buku & bakul baby. Cuma cari hari dan masa yang sesuai. Kebetulan minggu lepas ni memang tak ada apa program dan lapang. Begitu juga dengan Puan Daun yang selalunya sibuk. Jadi bila dapat peluang, teruslah set appointment.

Oleh sebab aku tidak dibenarkan memandu kereta seorang diri, maka terpaksalah kak Teh jadi peneman. Apa salahnya temankan kakak sendiri. 🙂

Sampai saja di rumah Puan Daun di puncak Jalil yang tak berapa tinggi tu, mereka sedang makan tengahari. Miss Ika dan Miss Yah sedang sedap-sedap mengunyah. Ya ampun! Sumpah aku terus lapar, dan terus tak ingat nak bagitau encik Azlie, yang aku dah sampai rumah Daun.  Haha. Sungguh keji. (Ampun B..) Nasi tomato, ayam rempah, kari daging, acar timun & tomato. Rasa macam sungguh istimewa sekali sambutan atas kedatangan kami. Haha. Perasan~

Makan sambil borak memang sedap. Rasanya tak tambah nasi kot. Tak ingat.  Tapi tambah ayam rempah saja. Haha. Tapi entah kenapa sedap sangat? Ika letak apa-apa ke masa masak nasi tomato tu? Haha.

Lepas makan nasi, baru Daun keluarkan home-made creme caramel resepi rahsia. Eggless dan lebih smooth. Seperti cair di dalam mulut. Haha. Sedap gila. Sampai 2x aku tambah. Nasib baik, aku kenyang sebab baru lepas makan nasi tomato. Kalau tak memang habis creme caramel tu aku hadamkan seorang. Ok. Nasib baik aku tak habiskan, kalau tidak, mesti Ika histeria. Haha.

mesti mau!

Of course, kami akan bercerita dengan penuh aksi drama dan exaggerate-nya, including ekspresi wajah yang tak boleh blah. Haha. Kak Teh, nasib baik dia boleh bersosial dengan kawan-kawan aku. Ele, kalau dengan Nett, Kak Teh suka hati saja nak kutuk-kutuk aku. Ceh!

Tak lama pun. Lepas Iqbal tidur, aku tahu Daun mahu masa berehat yang berkualiti. Kasihan ibu dan isteri berkarier ni. Masa percuma hanya di hujung minggu. Tapi itulah masa nak kemas rumah, nak memasak, nak layan anak. Wow! I wonder time aku esok nanti macam mana? Boleh tak jadi supermom kelak? Hehe. 🙂

Anyway, thanks to Puan Daun, Encik Anuar dan Ika for bakul baby, buku, nasi tomato dan creme caramel yang sangat sedap serta sepetang hari ahad yang hebat. Hihi. 😉 Terima kasih sangat-sangat~ 🙂

Advertisements

6 thoughts on “Sepetang Hari Ahad”

  1. sedapkannnnnnnn i masak kannnnnnnnnn ha ha ha ha. tuh pun syura supervise, kalau dak sure lagi sedaplah *evillaughters*

    great to meet you up as well amyz. ada orang bagi statement kat aku,

    “oh, amyz ya korang panggil dia, selama ni aku baca blog dia ingat amy z.”

    kira disebut amy zee ah.

    Like

  2. sedap ika.. hahaha. kalau blh buat la lagi. hahahaha.

    hahahaha.. ada juga few blogger called me that amy zee. tapi yg rapat – akan panggil aku amyz, tak pun miz. miz. dah nama pendek pun jadi pendek lagi. hahaha.

    but amy zee cute juga kan? mcm zee avi. hahaha. perasan diva pulak~ ahahaha.

    Like

  3. aku x kenan itu zee avi 🙂
    turned off lepas baca her aura of kerekness intvw on an sg mag 🙂

    so jgn comparekan diri kau dengan diaaaaaaa.

    Like

  4. Haha. Oh. Aku rasa aku ada baca dia kerek bila kena interview. Takpe. Aku tak adore dia sgt pun. Sebab nama dia ada Zee je nak buat persamaan pun. Lain2 tak ada persamaan langsung! Hahaha.

    Like

Comments are closed.