Selamat Sudah~

Pukul 3 pagi Isnin tu, aku terima mesej dari Effa yang menyatakan beliau sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.05kg pada 11:53 tghari. Mula-mula aku keliru jugalah. Effa ni bersalin tengah malam ke, tengahari? Haha. Tetapi baca balik mesej, aku fahamlah dia dah bersalin tengahari tu. Ye la, tak kan lah baru beberapa jam lepas bersalin dah nak hantar mesej kan? Penat kauu..

Baru lepas bersalin pun, sempat juga dia buat lawak. Haha. Sabar sajalah~

Alhamdulillah, baby dan Effa sihat dan selamat. Effa bersalin secara normal. Hehe. πŸ™‚ Tetapi, beliau bersalin awal 10 hari dari tarikh jangkaan 13 Mei. Feh. Bila aku beritahu Azlie, Effa sudah selamat bersalin dan awal 10 hari dari tarikh jangkaan, Azlie dah gelak-gelak. Dia mulalah cakap, aku juga mungkin bersalin awal dari tarikh jangkaan. Aku kadang tak suka kalau Azlie teka-teka bila aku bersalin. Sebab kadang-kadang bila Azlie teka-teka tu, tepat. Haih! Nervous tau! Sama juga terjadi bila Azlie teka gender baby kami. Tepat pula tu. Tu buat aku nervous bila dia cakap, aku mungkin bersalin awal dari tarikh jangkaan. Fuh! Fuh!

Bersediakah? Entahlah aku pun tak tau sama ada aku sudah bersedia atau belum bersedia lagi menghadapi segalanya yang akan berlaku di labor room kelak. Hehe.

Mungkin secara fizikal, aku rasa bersedia. Cuma mentaliti? Aku masih kurang yakin dan takut tidak tahu apa yang perlu aku lakukan di dalam bilik tu nanti. Isk~

Aku sedang baca buku Ina May’s Guide to Childbirth yang Puan Daun beri pinjam Ahad lepas. Mungkin lepas baca buku tu, aku dapatlah sedikit sebanyak panduan untuk bersalin kelak. Mudah-mudahan.

Tak sabar tunggu hujung minggu ini. Selain dari ada Expo Mom & Baby di Midvalley, kepulangan encik Azlie sentiasa aku nanti. πŸ™‚

Ina May’s Guide to Childbir
Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.