amyz azlie, diary mama, tulis

Kerja Gila ;-)

Woo, hari ni buat kerja gila. Ajak Sherly dan Ida pergi Midveli sebab ada Expo Mom & Baby. Bukan tak boleh pergi esok ke, Ahad ke. Tapi rasa macam membuak-buak nak pergi – kononnya, nak pergi tengok dulu. Dan tak sangka pula Sherly – seorang ibu mengandung sulong dan Ida, ibu kepada seorang anak – bersetuju nak ikut. Aku ingatkan aku kena tazkirah ke, nasihat ke, sebab menjadi mastermind dalam kerja gila hari ini. Rupanya diorang pun excited juga nak pergi. Ceh! Maka tidak sia-sialah idea gila ini.

Info dan guide dari Ika juga buat aku rasa teruja nak pergi hari ni~ Tak sabar-sabar. Haha. :-p *Thanks a lot Ika. 😉 Muah! Haha.*

Kerja gila itu dilakukan selepas kami semua settlekan semua kerja yang perlu dibuat. Selepas itu, barulah kami gerak-gerak khas ke Midveli. Hihi. Haih! Hazab hokeh nak cari parking. Sebab tu aku selalunya malas nak pergi Midveli ni. Ish~

Kami tuju Hall 1 dulu. Awal-awal masuk, si Sherly dah berkenan dengan nursing pillow yang berbentuk U – di mana fungsinya untuk menyenangkan kerja-kerja breastfeed baby. Owh. Ok. Tinggalkan dulu. Kita tengok both lain dulu Banyak lagi nak explore.

Aku berminat dengan pembelajaran baby dari dalam perut. That women willing to share technique how to communicate and teach baby yang masih dalam perut. Memandangkan masa kami sangat terhad – kerana dikhaskan untuk membeli-belah sahaja – maka both-both yang menawarkan program seperti ini, aku terpaksa skip dengan tidak sepenuh hati.

Aku tak beli baju-baju sangat – sebab orang ramai gila tertumpu pada baju-baju. Aku suka beli equipment lebih dari baju. Baju boleh kat mana-mana beli nanti. Dan sentiasa boleh dapat murah – kerana selalunya baju mesti ada sale. But not barang-barang untuk kelengkapan baby. Tapi aku beli juga 2 helai. Hihi.

Lagipun, most of kelengkapan baby boleh dikatakan lengkap. Dan kerana itu, aku berjaya membeli latex mattress untuk baby cot yang harganya less about 100 ringgit than normal price. Sangat berbaloi kan? 😉 Oh my. Baby pertama ini sangat bertuah la! 🙂

Jumpa cik Ika yang busy di kaunter pembayaran. Beli storage bottle and disposal  storage milk di TLC booth. Good offer pula tu. Storage bottles and disposal storage milk adalah untuk menyimpan breastmilk nanti. Yeap, aku berazam nak fully-breastfeed baby. Dah beli breastpump, tak akan tak ada tempat simpan susu pula kan? Apa ke halnya?

Lain dari tu, aku beli nursing pillow juga – sebab dihasut oleh Sherly dan dapat membayangkan ianya banyak kegunaan. Selain dari aku guna masa feeding baby, ia juga boleh digunakan oleh encik Azlie kalau-kalau dia masih kekok memegang baby nanti – in case dia nak tolong susukan baby. 🙂 I know he’s not 100% ready to be daddy, but he willing to learn. Its oke. Me either. Kita sama-sama belajar jadi parents k? 😉

Actually, there is a lot of things I want to buy for my baby. Cloth diaper, stroller, car seat. Tapi disebabkan aku belum dapat tukar, berjauhan dari encik Azlie, what so ever. I willing to put it in my waiting list first. Tak apalah, beli lambat pun oke. Lagipun sure ada good offer after this. Tak ada masalah punya. 🙂 About cloth diaper tu, mungkin aku try secara perlahan-lahan. Tengok pada kesesuaian masa dan keadaan. Bila dah ok, baby akan jadi pengguna tegar cloth diaper. Yeay! Go green the earth!!

Balik office sampai lepas pukul 3. Hu~ Keji sangat. Haha. Tapi nasib baik tak ada kerja urgent yang memerlukan perhatian yang khusus. Kena betulkan report sistem sikit – dan selainnya akan disambung Isnin nanti. Hihi.

Bila sampai rumah, kaki bengkak sampai kena rendam dalam air suam tu~ Uhuks! Tak apalah. Sekali sekala. Berbaloi-baloi pula tu. 😉

Advertisements

2 thoughts on “Kerja Gila ;-)”

  1. betul, certain stuffs boleh beli later. ada another exhibition this august i heard and another in july ke november kehapa ntah. what you have to do is be alert of such events. tak kisahlah siapa yg organise, yang penting dorang jual barang murah ha ha ha ha.

    Like

  2. wahh.. ko lebih tau ttg expo2 ni dari aku. hihi. mmg kena keep up dengan event2 mcm ni. sbb brg2 yg diorang offer lot cheaper dari normal price. plus kita juga yg dpt berjimat. untung kan? 😉

    Like

Comments are closed.