Backdated Post

Aku sepatutnya buat entri ni, khamis yang lepas. Sebabkan Khamis tu agak emo sedikit, dan hari Jumaat pula pergi menghiburkan diri, maka entri tu tak jadi. Bagus juga. Kalau tak, sikit-sikit nak emo si Amyz nih. Haih. Penat encik Azlie nak pujuk tau. Dah la jauh. Kalau dekat, tak pe~ hehe.

Ala bukan pasal apa pun. Khamis yang lepas, aku pergi check up di klinik gomen macam biasa. Alhamdulillah. Ujian diabetic hari tu, keputusannya ok. Tak mencecah border pun. Fuh! Syukur sangat.

Cuma, bila check Hb darah, keputusannya menunjukkan aku kurang darah. Sepatutnya paras Hb adalah 11gm, tetapi aku cuma 10.3gm. Kekurangan darah ini boleh menyebabkan komplikasi semasa bersalin, oksigen dan khasiat tidak sampai pada baby – boleh menyebabkan terbantutnya tumbesaran baby. Haih, bila nurse cerita tentang apa masalah yang timbul disebabkan kekurangan darah ni, aku dah rasa nak menangis dah. Sebab aku rasa, aku tak bagi 100% khasiat untuk baby. Sedih weh~

Tapi Insya Allah, masih boleh diperbaiki. Dengan makan supplement seperti zat besi, makan bayam, makan hati dan kerang. Mudah-mudahan aku masih dapat memperbaiki kekurangan darah aku ni.

Oleh sebab hari Khamis tu, appointment ke klinik adalah di sebelah petang. Maka sebelum pergi klinik, aku sibuk siapkan kerja-kerja – dan aku skip makan tengahari. Selesai terima treatment dan injection kancing gigi (Sakit weh – 2-3 hari tak hilang.), baru aku balik rumah dan makan. Itu pun dah nak pukul 4 ptg.

Akibat makan lambat – aku diserang pedih hulu hati – heartburn. Seksa betul masa tu. Makanan semua tak dapat masuk dalam perut. Tersangkut atas perut. Memburukkan keadaan, aku pergi pula minum air sunquick oren lepas makan tu. Lagi acid bertambah banyak.

Tak tahan lagi, aku muntahkan semua yang aku dah makan tadi. Minum susu, dan makan cornflakes untuk mengisi perut. Still sakit. Sampai malam. Ayah bagi ubat gastrik. Aku makan 2 biji. Tak boleh makan lebih-lebih, mengganggu sistem penghadaman pula.

Sampai dah nak tidur pun, still sakit lagi. Aku minum air kosong banyak. Tapi telan sikit-sikit. Ada petua suruh makan apple atau yogurt. Yogurt tak ada. Ada apple saja. Itu pun aku hanya makan satu potong saja. Tak berani nak masuk banyak-banyak. Nanti muntah lagi.

Kalau kena heartburn, petua tu ada beritahu juga, telan air liur sebab saliva membantu penghadaman makanan dan mengurangkan acid dalam perut. Kalau ada chewing gum lagi bagus sebab ia merangsang pengeluaran saliva. Aku tak ada chewing gum. Aku try kumpul air liur dan telan. Dan aku juga tak boleh tidur terlentang. Kena tegakkan badan supaya makanan yang aku makan tadi dapat turun ke perut. Hadoih sangat. Sepanjang malam aku duduk tegak. Sampai tertidur-tidur juga lah.

Akhirnya aku tertidur tanpa sedar. Tapi terjaga sebab tak selesa, ke sebab baby tendang. Haha. Au rasa heartburn aku dah kurang, aku baring, terus lelap sampai esok.

Alhamdulillah, esoknya heartburn dah tak ada. πŸ™‚

Masalah heartburn ni memang common dikalangan ibu mengandung. Banyak cara nak elakkan dari kena heartburn ni. Dan percayalah heartburn ini sangat menyiksakan. Kerongkong kau terasa penuh dan makanan terasa tak tertelan. Terapung di atas perut. Sangat tak selesa. Kalau muntah pula, dah sakit-sakit tekak. Adoiyai! Feh, serik~

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

2 thoughts on “Backdated Post”

  1. sekali tu aku kena heartburn.. sakit gila.. kecoh satu rumah, masa tu aku kat kampung. menjerit2 emo. sebab takleh nafas and termuntah2 ok.. nuar pun naik panik.. dalam 10 minit gaks laaa.. adoi laaa.. lepas tu tak kena lagi dah.. alhamdulillah..

    Like

  2. aku sepanjang malam tu cakap sakitnya, sakitnya, ke depan, ke belakang, masuk bilik air, muntah. gelabah mak, ayah, kakak dan adik aku. hahaha. sadis betul. nasib baik ko tak lama sgt~ serik la heartburn ni. nak menangis-nangis aku rasa. hahaha.

    Like

Comments are closed.