bff, emosi, tulis

The Precious One

Mohd Zaid Fathullah. Selamat hadir ke dunia yang penuh pancaroba ini.  Berhati-hati menyusun langkah dan kuatlah! Semoga menjadi arjuna di hati  dan mata Ibu dan Abah. Menjadi anak yang soleh dan khalifah Allah yang beriman. Insya Allah.

Effa mms kan aku gambar Zaid Fathullah yang lahir pada 3 Mei lepas pada aku semalam. Gambar ini waktu usianya baru sehari. Sekarang dah 12 hari. Mesti dah lain sikit. 🙂 Terima kasih Effa. Selamat berpantang. Hikhik. 🙂

*btw, anak pertama Effa, Zaid – nama sebenarnya Mohd Zaid Firdaus. :-)

Alahai anak kecil ini. Siapalah tidak jatuh sayang? Aku fikir-fikir balik, macam manalah ibu-ibu yang melahirkan anak lepas tu tanpa ada rasa boleh simpan anak itu kat tong sampah? Dan bagaimana dia boleh tak jatuh cinta pada si comel begini? Tak taulah. Allah mungkin tarik rahmat tu dari mereka~ Huhu.

Aku masa mula-mula dapat anak buah pertama, iaitu Atiya (Hari ni birthday Atiya, 6 tahun). Rasa macam sayang anak sendiri. 6 bulan pertama, Mak yang jaga. Hari-hari balik kerja, asyik layan Atiya. 1st cucu mak dan ayah. Memang sangat manja. Apa dia nak, boleh dikatakan semua dapat. Bawa pergi jalan, tengok wayang. Mewah seh~ Cuma sekarang ni, dah besar, ada adik-adik, she quite jealous dengan adik-adik dia. Tapi tak pernahlah dia tersisih. Apa dia nak still dapat juga. Kena perlu banyak cakap sayang, kena bagi perhatian, kena bagi belaian. Selagi masih budak, belaian dan perhatian memang penting. Walaupun dia dah boleh berdikari dan pandai tolong ibu dia sekarang. Aku still anggap dia masih kecil untuk menghadapi dunia yang luas ini.

Dan tak lama lagi, aku pula bakal menjadi seorang ibu. Teruja. Takut. Nervous. Gembira. Semua ada. Aku takut dengan tanggungjawab ini sebenarnya. Too much expectation. Apa yang aku harap, ialah aku tak marah-marah dia dengan tengking-tengking atau pukul dia. Aku harap aku tak manjakan dia sangat sampai dia pijak kepala. Aku harap aku tak pressure dia sangat bila besar nak jadi apa. Aku juga harap hati dia terang mudah dan senang diajar, mendengar kata kami suami isteri, menghormati orang tua dan orang lain dan lain-lain sifat yang menyejukkan mata dan perut aku yang pernah mengandung dan melahirkannya. Insya Allah.

Advertisements

3 thoughts on “The Precious One”

  1. jangan lupa bagi examo :P. nanti smart macam iqbalwafiq. ha ha ha.

    anyways, comelnya anak effa! geram gua! lebat rambut. jealous gua jealous!

    hopefully effa recovering and resting well :). sudah ada 2 hero, lagi meriahlah hidup dia lepas ni. heh.

    Like

  2. alololorr comeynyerr..

    cant wait for ur son’s pulakk.
    jgn mms gambar kt ai. upload je teurs kt blog. hahahaha..

    Like

  3. ika : hahaha. examo ek? ok ok. noted! sape tak mo anak bijak ye dak? 😉

    effa memula rasa anak pempuan, sekali lelaki jugak. hihi. kelakar je.

    darwina : hiiii.. tu la comey!!

    of course akan upload di blog & fesbuk sekalik. hahahaa.

    Like

Comments are closed.