amyz story, tulis

Bosan?

Aku capture soalan ini dari formspring seorang blogger yang glamor, yang sedikit-sebanyak soalan ini sebenarnya buat aku rasa annoying. Aku agak si penanya ini masih belum berkahwin atau skeptikal dengan institusi perkahwinan.

Malangnya si blogger menjawab; setakat ini belum lagi. Kalau aku (aku bilang kalau), aku akan jawab: Saya cuba, berdoa dan berharap agar saya tidak akan jemu/bosan/muak memandang wajah suami saya setiap hari dengan penuh kasih sayang dan cinta – kerana jika saudari/a tahu betapa besar ganjaran yang Allah janjikan kepada isteri yang memandang suaminya dengan penuh kasih sayang – saya percaya saudari/a tidak akan berlengah untuk bersuami. Itu kalau sayalah ye, dik?

Tetapi aku tidak sekali-kali akan menyuruh seseorang itu berkahwin kerana bukan aku atau orang lain yang mendefinasikan makna bahagia itu pada diri seseorang yang lain. Jika dia rasa bahagia bila berkahwin, alhamdulillah. Kalau kita tidak kahwin pun, kita masih boleh rasa bahagia dengan cara kita sendiri~ Allah Maha Adil. 🙂

Cuma pada akulah. Aku harap, aku tak akan pernah bosan menatap wajah suami dengan penuh kasih sayang kerana aku tahu, bahagia yang menjadi milik aku. 🙂

Advertisements

7 thoughts on “Bosan?”

  1. soalan yang bodoh dan jawapan yang bagus dari kau. aku akan jawab, buat apa kawin kalau akan rasa bosan? ha ha ha ha.

    aku cuma kesian dengan orang2 yang bosan dengan pasangan yang dikejar bercinta macam nak rak and lepas kawin, pupus terus perasaan tuh semua. tuh aku kesian sangat2.

    Like

  2. ika : betul ika. aku pun rasa kesian dengan org mcm tu. masa bercinta beria-ia, bila kahwin, hilang manis cinta tu. sedih. sedangkan kalau cintakan pasangan lebih dari segalanya bila dah kahwin, lagi Allah suka~

    manusia comel : kalau kita cintakan apa yang kita lakukan (kerja) dan dapat majikan yg baik, insya Allah, kita tak bosan menatap wajah boss bahkan setiap hari bersemangat nak buat kerja dengan ikhlas. dapat gaji pun berkat. insya Allah dik.~ 🙂

    Like

Comments are closed.