Sedih!

Aku dapat email ini tadi. Masa aku tengah siap-siap nak pergi klinik – rutin check up. Sebabkan dia hantar email ini kepada MaCGDI Geoportal Administrator, di mana email aku termasuk di dalam group tersebut. Maka, inbox aku pun turut menerima email ini juga.

Aku percaya, kalau semua yang baca email ini, jika dari Bahagian Sumber Manusia mana-mana jabatan/syarikat pun, resume dan application budak ni dah kena tong-sampah dah. Sebabkan email ni masuk dalam junk box, maka aku tak dapat nak tengok resume dia. Nak tengok juga dia dari universiti mana.

Macam ini kamu hantar surat permohonan kerja? Aku tak mahu cerita panjang lebar lagilah. Sedikit pun tak mahu rasa nak cerita panjang. Cuma, aku sedih – dah belajar tinggi-tinggi – Aku percaya budak ini sekurang-kurangnya ada ijazah – tapi begini sikap kamu bila nak memohon kerja? Dengan English yang bertaburan di atas lantai. Dengan tiada tata tertib dan etika memohon kerja.

Seolah-olah, kamu pergi ke sesebuah syarikat, datang dengan tiada adap sopan tanya; eh, sini ada kerja kosong? Boleh aku apply? Heh! Kamu ingat, syarikat tu nak kasi kamu kerja dengan attitude kamu macam tu ke?

Haih~ Sedihnya la. Lepas tu bila tak dapat kerja, kamu bising-bising orang tak kasi kamu kerja. Kamu tu. Ada tengok dalam diri kamu sendiri macam mana kamu apply kerja ke tak? Via email? Dengan tidak formalnya lagi. Aduh! Sedihlah. Kamu pathetic!!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

6 thoughts on “Sedih!”

  1. hmm memang. banyak la graduate yang baru 1st time apply keje langsung tak reti adab sopan dalam segala hal.

    tah hape2.

    Like

  2. kan? tu sbb dulu masa dlm kelas english, budak2 buat presentation pakai t-shirt & jeans kena marah dengan lecture. dorang ingat menda ni tak penting ke? budak ni mesti ponteng kelas kerjaya nih. sengal!

    Like

  3. hahaha. tu la pasal~ camni cara nak mintak kerja? feh.. awal2 dah kena reject. adoi la.. adab & etika dah out.

    Like

  4. Waaah mmg ptut jadik junk mail pun…

    Kite nie yg mintak berformat bagai pun xdpt lgi keje ini kan email anto cm anto SMS…

    Like

  5. lin : tu la pasal~ tak faham la budak2 skrg ni, apply kerja via emel tu tak kisah sgt. tapi cara dorang apply tu sgt2 lahhhh tak betulnya. adoilaah~

    Like

Comments are closed.