amyz azlie, diary mama

Bersiap-siap

Minggu depan, hari Isnin nanti kandungan aku akan masuk 37 minggu. Tinggal 3 minggu lagi lebih kurang untuk sampai pada hari yang dijangkakan. Masuk minggu 37 ini, baby is considered full-term baby – which mean – aku boleh bersalin bila-bila masa saja – sebelum tarikh yang dijangka. Wuhuu!! Part of me, I can’t wait. Tetapi aku sangat-sangat harap, baby boleh tunggu papa dia ada di sisi mama sebelum dia keluar~ Mudah-mudahan.

Selain dari barang-barang yang banyak gila dah dibeli~ Boleh tahan banyak jugalah. Siap pergi kelas persediaan breastfeed lagi anjuran susuibu.com sebab misi untuk breastfeed baby – at least 6 bulan sehingga 2 tahun. Insya Allah. Amyz boleh! 😉 – Ok, selain dari barang yang sudah siap dibeli – persiapan yang lain adalah menyediakan beg baby dan mommy untuk ke hospital nanti. 🙂

Minggu lepas, aku dah basuh baju baby dan semua sekali termasuklah tuala, bedung, barut dll. Dalam minggu ini pula, aku berdikit-dikit melipat baju baby untuk dimasukkan ke dalam sebuah bakul untuk dibawa ke hospital nanti. Bakul baby yang warna biru sudah disiapkan minggu lepas. Beg untuk mommy pula, aku  cuba siapkan – tetapi masih belum complete – sebab aku tak tahu nak masukkan baju apa, belum masukkan toiletries lagi, belum ada thermos, dan baju sejuk.

Bakul Biru Baby - utk ke hospital
Bakul baby warna biru

Seperti 1st time mommy yang lain, aku banyak fikir macam mana nanti waktu untuk melahirkan baby? Adakah aku akan menjerit-jerit sehingga satu hospital boleh dengar? (Amyz, don’t be too dramatic, pls!) Kak Long cakap, nanti dah keluar nanti, legalah – sampai doktor nak jahit apa pun, kau dah tak kisah. Untuk bersedia dalam menghadapi keadaan bersalin nanti, aku ada sebuah buku – Amalan Ibu Mengandung tulisan Siti Nor Bahyah. Which is di dalam buku tu – ada doa-doa yang boleh aku amalkan semasa berada di labor room kelak. Insya Allah, aku akan cuba bertenang dalam apa juga situasi pun. 🙂

Amalan Ibu Mengandung
Amalan Ibu Mengandung

Mulai 37 minggu ini juga, aku akan menjalani pemeriksaan baby – setiap minggu sehingga bersalin kelak. Next appointment pada 26hb Mei, hari Rabu. Juga pada waktu petang. Last appointment, alhamdulillah, hb darah naik sehingga 11.6gm dari 10.4gm. Dalam dua minggu tu, aku makan kerang, hati dan bayam selain dari iron tablet pagi dan malam. Alhamdulillah, hb darah meningkat lebih dari paras normal. Wuhuu!! 🙂

Oh ye, Jumaat lepas waktu lunch, aku, Sherly dan Ida pergi Manjaku Baby Store di BBBangi. Ada sales barangan bayi dari 21hb Mei sehingga 5 Jun. Rasanya di semua cawangan Manjaku Baby Store ada promosi ini kot. Sebab adik ipar aku pun beritahu cawangan di Ampang Waterfront juga pun ada promosi yang sama. Hihi. 🙂 Kalau nak beli barang-barang keperluan 1st time baby, inilah masanya. Baju baby murah-murah~ Aku beli baju baby saja hari tu, untuk dipakai-pakai di rumah saja. Hehe. Pergi masa lunch hour hari Jumaat tu, tak ramai orang – jadi tak adalah bersesak-sesak. I liookee!! 😉 Tapi, sekejap pun dah rasa tak larat dah. Haha. Adoi laa..

Haih, aku tak tau lah baby aku ni. Dia selalu excited bila aku keluar. Time-time pilih baju, time tu dia bergerak aktif. Macam tau-tau saja aku belikan untuk dia. Suka betul dia. Kata encik Azlie, macam mama dia juga, suka terlompat-lompat bila bawa keluar ber-shopping~ Haha. :-p Bwek!!

Advertisements