Hello New You~

Sebenarnya, aku dah ok dengan phone camera 3mp Sony Ericsson. Sebab satu, aku memang boleh ambil gambar bila-bila masa saja. Banyak juga gambar yang cun dapat aku ambil dengan phone camera ni. Cuma biasala, imaginasi aku tinggi. Aku nak juga shoot gambar waktu malam, waktu siang, yang bergerak-gerak, lalu hasilnya adalah gambar yang cantik.

Kebetulan, ada duit lebih-lebih dari tunggakan gaji. Ikut nafsu yang over ni, aku memang nak dapatkan CanonΒ  Ixus 100 IS warna merah, tapi bajet tak cukup. Tukar opsyen kepada Canon PowerShot A3100 IS warna merah. Tapi tak ada stok pula. Haih!

Selepas setengah jam berada di kedai camera Alamanda, aku ambil ini.

Panasonic Lumix
Panasonic Lumix FS12

Inilah gadget baru yang berada dalam range bajet. Spesifikasi camera ini di sini. Okla. Nanti boleh ambil gambar baby banyak-banyak. Yeay!!

Percubaan mengambil gambar dari Lumix.

Pelangi Petang
Pelangi Petang

Lepas ni, kenala rajin ambil gambar.

Tapi adakah perlu ambil gambar diri sendiri dari atas dan tangan di mulut atau di dagu atau memuncungkan mulut, lalu postkan di blog? Oh, so not me~ Kikiki.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.