Cuti 3 Hari Saja.

Hihi. Secara rahsianya aku nak bersalin awal, sebab aku tak sabar nak cuti lama. Haha. Sungguh keji. :-p

Cuti 3 hari pun bukan lama sangat, tapi bila ada bersama dengan orang yang tersayang. Weekend sekejab pun jadi indah. Hehe.

Hari Jumaat, girls day out bersama Darwina & Lin.ย  Keluar pergi KLCC saja. Bestnya ISetan ada sales. Kalau tak mengenangkan perut yang sarat ni, mesti aku dah tengok-tengok baju yang cantik-cantik kat situ. Geram seh! Tak apalah. Mungkin lain kali. ๐Ÿ™‚ Yang penting, dapat keluar dengan dua kawan baik dan comel ini. Hihi. ๐Ÿ˜‰

Awin & Lin.
Awin & Lin. Shomel tak mereka? Ihiks!

Kadang, bila lepak-lepak sambil minum kopi di kopitiam sambil bercerita itu ini pun dah ok. Terutama Awin. Selalu sangat timbulkan topik-topik hangat. Hahaha. :-p

Sabtu, tunggu Azlie balik KL dengan sabar. Ewah~ Sebenarnya, tak berapa sabarlah. Sebab, dah 2 mingguย  lebih tak jumpa. Tak apalah. Biar lambat asal selamat. ๐Ÿ˜‰

Tak ke mana sangat hari Sabtu. Bersantai dengan adik beradik di Alamanda pada waktu petang. Malam pula menjamu selera dengan famili di AgroTech, Langat. Best juga pergi kat situ.ย  Ada orang sambut dengan tabur bunga rampai. Makan-makan sebelah sungai. Siap ada orang nyanyikan lagu dari meja ke meja. Boleh request lagu pula tu. Hehe. Comel! Ada chalet dan homestay lagi. Pagi-pagi tu mesti sejuk-sejuk. Makanan pun sedap-sedap. ๐Ÿ™‚

Hari Ahad tak pergi mana-mana. Duduk di rumah spend time dengan Azlie saja. Sedikit urutan pun dah boleh jadikan terapi emosi. Tenang hati bila Azlie urut-urut belakang. Tolong aku bangun dari kerusi. Pegang tangan bila berjalan. Haih tu semua, terapi emosi aku yang selalu huru-hara.

Alhamdulillah. Tak menangis masa Azlie balik JB balik, malam semalam. ๐Ÿ™‚ Hehe.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

3 thoughts on “Cuti 3 Hari Saja.”

  1. darwina : huuu.. dia buat2 je muka kesian tu. hihihi. :-p

    lin : yeaahh.. tu la pasal~ model cute takpe. hihihi.

    Like

Comments are closed.