amyz azlie, diary mama

38 Weeks and Counting

Minggu ini masuk 38 minggu. Lebih kurang 2 minggu lagi. Kalau bersalin awal~ err.. tak taulah. Hehe. Sebagai persediaan sewaktu bersalin, aku baca thread forum-forum mommies experience in labor room. Even tho ada pengalaman yang agak mengerikan, but then ini sebagai salah satu persedian aku untuk kuat dari segi mental, emosi dan fizikal. Juga, aku ada baca tips-tips persedian yang perlu untuk bersalin nanti.

Antaranya, doa-doa yang perlu aku hafal. Baca Yassin. Baca ayatul Kursi. Baca surah 4 Qul. Baca ayat 78 Surah An Nahl. Semoga dipermudahkan aku bersalin kelak. Insya Allah.

Esok, weekly check up. Selagi belum bersalin, kena pergi check up tiap-tiap minggu, mengikut kata jururawat bertugas. Nggee~ biasala tu.

Aku masih drive pergi dan balik kerja. Plan nak cater teksi untuk pergi dan balik kerja dibatalkan sebab caj dikenakan agak mahal. RM40 satu perjalanan. Mean, pergi dan balik equal to RM80. Tak mampu la aku. Tak apalah. Boleh lagi ni drive. Cuma aku dah tak larat nak jalan. Susah nak bangun dari katil – terutamanya bila bangun pagi. Solat pun susah, jadi aku solat duduk. Huu~ Sadis beb! Bangun lepas duduk lama-lama pun agak kepayahan juga. Hehe.

Aku plan nak ambil cuti awal sikit dari tarikh due. Azlie dah risau-risau. Dia nampak aku macam tak larat sangat. Mungkin dalam hari Rabu atau Khamis. Rabu adalah hari check up. Lepas tu, terus cuti. Tak pun start cuti dari hari Rabu terus la sampai bersalin. Itupun kalau aku tak bersalin lagi la this week. Haha.

Perut aku (pada pandangan aku lah~) tak adalah besar sangat. Rasanyalah. Haha. Sebab aku pernah tengok orang lain punya perut lagi besar dari aku. Mungkin berat baby baru cecah 3kg kot. Tak apa. Esok aku nak tanya nurse. Hihi.

Sakit kontraksi, sikit-sikit. Sakit belakang pun ada rasa juga. Sekali sekala. Jadi maksudnya, masih belum nak bersalin lagi. Cuma ada tanda-tanda sajalah. Kalau sakit itu berlarutan dan kerap. Macam setiap 15 minit sekali, lepas tu makin kerap, 5 minit sekali – ha.. berdezuplah cepat-cepat ke hospital ye, puan Amyz. Hihi. Selain dari sakit-sakit, waterbroke dan keluar darah juga adalah tanda-tanda perlu ke hospital a.s.a.p yach? 🙂

Oh ye. Puan Amyz, sila letak beg baju mommy dan baby dalam bonet kereta ya!~ Ini adalah satu arahan. Hikhik.

If anything, I’d surely tell all of you through sms 1st. Secondly through twitter and facebook. Insya Allah~

Advertisements

3 thoughts on “38 Weeks and Counting”

  1. Huhuhu lin plak bedebar hahahah…

    En azli sile ambek leave dtg KL jadik supir…ini adalah satu arahan…. Hehehehe *larrrriiilk*

    Like

  2. ika : insya Allah. esok masih boleh jumpa. insya Allah. Kawan aku dah excited sgt ngan zoobies tu. haha. aku pun tak mahu hampakan dia. hahaha.

    lin : haha. akak lagiikk berdebar2. hahaha. encik azlie kena siapkan satu beg baju dlm kereta. dpt je call, zasss balik kl terus. hahaha. 😉

    Like

Comments are closed.