amyz azlie, bff, diary mama

Lagi 10 Hari

Masa breakfast semalam, tiba-tiba badan aku macam kena renjatan. Sakit belakang menangkap sampai ke tulang. Sakit sangat-sangat. Buat aku tersandar dan mengaduh. Semua kawan-kawan office aku – Ida, Sherly, Fir dan Shafik yang breakfast bersama dah gelabah. Masing-masing muka dah cuak-cuak. Betul. Kelakar. Aku sakit-sakit, rasa nak tergelak.

Ami, dah nak gi spital ke ni?

Ami, risaunya aku ni wehhhh.. Are you ok?

Boleh tak ni? Kena hantar hospital dah ni?

Haha. Dah la sakit belakang tu dalam 2-3 minit. Tahan saja gelak sambil mengaduh. Kelakar-kelakar juga, tapi terharu dengan keperihatinan kawan-kawan rapat aku tu. Dioranglah yang melayan kerenah ibu merandung ni. Hehe.

Masa sakit belakang tu, aku sempat fikir. Oh, no wonderlah masa sakit kontraksi tu, si isteri genggam tangan suami sampai rasa nak patah-patah tulang tangan suami. Haha. Betul. Sakit sangat-sangat. Tu baru permulaan kepada sakit kontraksi yang 5 minit sekali. Sakit belakang yang macam ni pun aku rasa nak jerit-jerit. Yang dapat aku buat, aku sandarkan badan dan mengaduh saja sikit-sikit. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Sakit beb. Sakit.

Aku tak dapat bayangkan lagi sakit kontraksi setiap 5 minit tu. Sekarang yang aku rasa sakit-sakit kat belakang ni, adalah sejam, dua-tiga jam sekali. Tangan pun dah kebas-kebas. Perut pun dah terasa keras-keras. Fuh~

Lagi sepuluh hari, untuk dihitung – sehingga tarikh jangkaan bersalin. 14 Jun. Sempat ke tak sampai 14 Jun tu ye?

Kawan-kawan office yang concern dah suruh aku cuti. Memang diorang tengok aku macam dah tak larat sangat dah. Terutama Kak Iela. Siap leterkan aku lagi.

Kau ni cutilah. Tengok kaki kau tu. Kalau jadi apa-apa kat sini, tak apa. Ramai orang. Kalau jadi masa ko tengah drive? Sorang-sorang pulak tu. Tau tak masa sakit contraction tu, kaki kau dah tak rasa apa-apa?

Huish. Walaupun aku rasa masih larat nak travel Cheras – Putrajaya setiap hari. Tapi, aku ni belum ada pengalaman. Ikut sajalah cakap orang yang berpengalaman. Memang dah ada tanda-tanda nak bersalin tu. Lainlah kalau aku ni pergi kerja ada orang hantar dan jemput. Ini drive seorang diri. Kereta manual pula tu. Haih. Aku tak mahu ambil risiko. Next week aku akan apply cuti. Tak pun aku ambil MC saja nanti.

Masa pergi check up Rabu lepas, nurse yang tengok aku – muka dia penuh simpati, bila check kaki aku bengkak sangat. Bukan sebab apa pun, kaki bengkak macam tu. Hari Selasa tu, jammed teruk sangat kat MRR2. Aku drive manual. Kaki gerak banyak sangat. Jadi bengkak tak surut pun bila aku bangun pagi keesokan harinya. Nurse siap suruh aku bersalin cepat-cepat lagi. Kalau ada tanda-tanda nak bersalin tu, cepat-cepatlah pergi hospital. Baiklah!!

Check up semua ok. Hb darah ok. Tekanan darah ok. Berat ok. Jantung baby ok. 🙂 Seronok tengok buku merah tu, semuanya ok. Hihi. 🙂

Soal kerja, tak perlu fikir sangatlah. Sebab aku dah buat dan cuba siapkan seperti mana yang boss mahukan. Harap-harap ianya boleh digunakan sepenuhnya, bila tiba NGIS day tu nanti. Haih, programming tak habis-habis. Pening mengadap koding. Duh!

Tunggu masa saja lagi ni. Tunggu masa. Mudah-mudahan dipermudahkan. Doakan aku juga ye? Encik Azlie pun kena bersedia juga ye? 😉 Hihi.

Advertisements