Bersenang-senang di Rumah

Minggu ini, aku mahu bersenang-senang di rumah. Bukan tak larat drive pergi dan balik kerja saja. Nak berjalan pun rasa dah terhoyong hayang dah ni. Jadi aku ambil mc, doktor bagi cuma 2 hari. Masuk minggu ke 39 ni, aku dalam stage ‘bila-bila masa saja’ akan melahirkan seorang baby. Fuh~ Fuh~

Semalam, masa terluang aku penuhkan dengan membaca thread di forum-forum. Ada thread buat aku rasa gemuruh, dan masa tu aku rasa sakit-sakit kontraksi – sampai aku fikir, dah sampai time ke ni? Tapi lepas habis baca tu semua, hilang semua rasa sakit. Haha. Tadi aku ada baca buku info ringkas tentang kehamilan dan kelahiran. Rupanya kalau kita dalam keadaan cemas, kontraksi akan terasa lebih sakit.

Oleh sebab aku cuti dan banyak masa dalam keadaan yang tenang dan rilex, aku tak rasa sangat sakit. Cuma itulah, sakit-sakit kat belakang dan sakit-sakit pada bawah perut, sudah makin terasa. Buat aku serba tak kena. Baring salah,Β  mengiring salah, duduk salah, berjalan pun salah. Eh, berjalan tak salah. Bagus untuk mempercepat dan mempermudahkan proses bersalin. Kalau masa cuti ni, aku pergi shopping tak apa kan? Hehehe.

In the other part pula, aku tertanya-tanya kenapa orang suka menakut-nakutkan orang lain dengan cerita-cerita tak best selepas lahirnya seorang anak – such as – tidur tak cukup, nanti kena bangun malam – dan sebagainya? Aku ingat, bukankah kelahiran seorang anak dalam hidup sepasang suami isteri adalah satu perkara yang indah dan dinanti-nantikan? Hehe. For me, orang-orang yang berfikiran macam tu adalah orang-orang yang tidak bersyukur dikurniakan anak. Dah ada anak, of course la kau akan lalui semua itu. Kalau tak mahu tidur diganggu atau sebagainya, jangan ada anak lah then. Kan?

*Hehe. Aku mengomel ni sebab aku baca satu komen di foto scan 3d baby kawan aku – mengucapkan selamat tak tidur malam untuk tukar lampin baby dan bagi baby susu. Tetiba aku pula yang rasa annoying. Haha.*

And, yes. Aku belum alami lagi perkara tersebut – dan aku tak tahu bagaimana perasaan aku nantiΒ  – ada anak – nak kena bangun malam-malam susukan dia, tukar lampin dia. But then, aku anggap cakap-cakap seperti itu adalah sebagai mental dan fizikal preparation untuk aku dan Azlie hadapinya kelak. Tanpa perasaan stress atau tertekan. Mudah-mudahan. πŸ™‚

Esok, weekly check up. Harap untuk kali terakhirnya, dan tak ada masalah apa-apa. Lagi satu, kena pergi minta mc untuk 3 hari. Malas nak apply cuti tahunan. Cuti tak banyak dah. Spare cuti tahunan ni, untuk baby juga nanti~ k? πŸ™‚

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.