amyz story, diary mama

Tak Lama Lagi La tu..

Still at home, babeh! Still rock and roll, yeah!! Maksudnya, belum bersalin lagi la sayang. Dah 39 minggu dan 4 hari. Lagi 3 hari. Ngaaa… Boring gak duduk rumah ni. Boring tau! Huarr.. Kalau nak keluar, drive seorang diri adalah sangat dilarang oleh semua orang. Terpaksa mengharap ihsan adik-adik untuk temankan aku keluar atau jadi pemandu kepada orang merandung ini. Huu~

Isnin, aku keluar dengan mak dan adik, pergi klinik untuk ambil MC. Masa kat klinik tu, ada seorang kawan adik aku yang dah kahwin dan ada anak – nak jumpa doktor sebab anak dia kurang sihat. Of course, tak kan saja-saja nak pergi klinik, duh! Adik tu, peramah pula bersembang-sembang dengan mak aku. Lepas tu tanya yang biasa-biasa – dah berapa bulan? Anak ke berapa? Sekaligus menegur, kaki bengkak ye? Haih, tak ada soalan lain eh? Haha. Lepas tu dia ada cakap, kaki bengkak, lepas surut, maksudnya, dah tak lama dah tu.. Aku angguk-angguk. Sambil senyum.

Selasa lepas, duduk-duduk di depan rumah, ada jiran lalu di depan rumah, nampak aku lepak-lepak dengan mak, bertanya, belum bersalin lagi ke? Aku senyum-senyum saja. Kata makcik tu, muka tu dah sembab-sembab, perut dah turun.. Tak lama lagi la tu~ Aku sengih. Ada lagi dia cakap dengan mak, aku dah tak ambil port. Angguk-angguk senyum saja. Hormat. Hihi.

Rabu pula hari check up. Nurse yang suka senyum tu bertanya, hai baby.. Bila nak keluar ni? Aku senyum. Dia ukur perut dan tengok kedudukan baby. Kepala baby memang dah kat bawah since minggu 37 lagi. Cuma dia belum mahu engage lagi. Kemudian, nurse scan denyutan jantung baby. Entah kenapa, aku selalu rasa lega dan seronok bila dengar bunyi jantung baby.

Seperti biasa, nurse akan bagi satu dua kata nasihat tentang waktu bersalin, penjagaan selepas bersalin dan apa yang perlu dibuat dan sebagainya. Akhir sekali, kalau tak bersalin juga waktu due, 14 Jun nanti, 16 Jun – aku kena pergi check up lagi. Hmm~

Ramai orang dah tanya, di facebook, mesej, telefon. Amyz belum bersalin lagi ke? Belum lagi. Tapi, ya, tanda-tanda bersalin secara lahiriahnya sudah nampak – perut dah jatuh, muka sembab, bengkak kaki dah surut~ Mak rendam bunga fatimah – dah kembang dah dua tiga hari lepas. Aku tengok tadi, macam dah terlebih kembang pun iye juga. Haha. Termasuk juga sakit-sakit belakang, kontraksi sikit-sikit, sakit bawah perut. Dan tiap-tiap malam nak tidur sangatlah payahnya. Masa tu juga baby keras kiri, kanan. Sampai timbul-timbul kat perut.

Dan orang pun bercakap, tak lama lagi tu… Tak pun, dah tak lama lagi la tu..

Soalnya, bila? Haha.

Tapi belum lagi. Belum lagi dia nak keluar. Mungkin dia selesa duduk dalam perut mama. Bak kata Puan Daun, selesa weh duduk dalam perut, tak payah nak adjust-adjust suhu badan sendiri. Suhu dalam tu sangat selesa. Hahaha. Tak apalah, tunggu encik Azlie balik agaknya~ Hehe. 🙂

Ni bunga Fatimah yang mak rendam – dah terlebih kembang aku rasa. Huu~

Baby.. Bila nak keluar ni?? 🙂 Tak lama lagi la tuu~ Hihihi.

* Btw, aku secara rahsianya berharap our baby ikut muka encik Azlie, sebab mama ni tak lawarrr.. Ikut muka encik Azlie, sweet saja. Sejuk mata mama memandang. Ewah! Haha. *

Advertisements

2 thoughts on “Tak Lama Lagi La tu..”

  1. Bunga fatimah tu satu spesis ngn kacip fatimah ke Kak??

    Baby tunggu ‘bro’ dia balik KL kot Kak sbb dia tau mama dia kne ade en azlie kt sebelah tuk deliver..

    Like

  2. hihi. Lin, bunga fatimah dengan kacip fatimah lain~ bunga fatimah dari Mekah. Kacip fatimah dlm Msia je.

    haha. tu la. baik betul baby ni, tunggu ayah dia balik, baru nak keluar. haha.

    Like

Comments are closed.