amyz azlie, diary mama

Alamkhir b. Azlie

Its been two weeks now.  Alamkhir now is 2 weeks old. To be exact 2 weeks and 2 days.

Semoga jadi anak yang soleh, yang baik, yang membahagiakan hati mama dan papa yang sentiasa akan menyayangi Alam sehingga akhir waktu. Alamkhir, atau kami senang memangilnya Alam – bermaksud – dunia yang penuh kebaikan. Insya Allah. Lahir pada 13 Jun 2010, hari Ahad, malam Isnin, pukul 11:15mlm.

Alamkhir 1st Day

Alhamdulillah, yang aku syukur sangat-sangat, Alam lahir sewaktu Azlie berada di sini. Disebabkan hari Jumaat sebelum itu, aku ke klinik Suria Maternity, doktor memberitahu kemungkinan aku lambat melahirkan. Aku dah siap benarkan Azlie balik ke JB Ahad itu jika aku belum bersalin lagi.

Tapi takdir penentu segala. Ewah~

Dan sangat-sangat benarlah kata-kata kawan-kawan yang berpengalaman. Setiap pengalaman bersalin adalah berbeza-beza dari wanita yang lain.

Pengalaman bersalin aku? Hehe. Untuk pertama kalinya – so, this is it – melahirkan Alamkhir adalah satu pengalaman yang baru, yang indah, yang sakit, yang menakutkan, yang ngeri, tetapi teruja dan menggembirakan.

Tapi secara ringkasnya, aku start sakit 4pagi Ahad tu. Pukul 9 pagi kitorang pergi hospital. Disebabkan blood pressure aku tinggi, aku ditahan wad dan dipaksa bersalin hari itu juga.

Masa bersalin, doktor guna vakum sebab baby tak mahu keluar. Lepas tu, dua kali teran, baby Alam pun keluar menjenguk bumi.

Dua minggu ini di rumah dan sedang belajar menjadi seorang ibu bukanlah perkara mudah. Bukan setakat nak bagi susu bila Alam merengek-rengek nak susu. Buat masa ini, mudahlah. Asal dia merengek, bagi susu. Dia diam lepas tu tidur. Aku pun senang hati. Tapi makin  lama nanti, makin banyak keletahnya. Kadang dia menangis, bukan nak susu pun. Aku tak tahu dia nak apa. Mungkin perut dia sakit? Pampers dia penuh? Tak selesa? Semua tu kenalah belajar dan ambil tahu.

Now we are officially mom & dad. Biras aku siap cakap tak percaya kami dah ada anak. Dulu single-single je datang rumah diorang macam couple berdating. Sekarang dah ada anak. Hiii.. 😀

Semoga kami dapat jadi ibu bapa yang baik.

Hmm.. Ahad ni balik Johor. Minggu depan start berpantang di Johor pula. Dah lama tak balik Johor. Rindu. 🙂

Advertisements

3 thoughts on “Alamkhir b. Azlie”

  1. darwina : hihi… mestila ingat. auntie org pertama dtg melawat alam.. 😀

    daun : takpe. takpe. nanti lepas abis pantang gua balik kl. time2 tu alam pun dah besar.. boleh je dtg tgk.. 😉 no worries k? 😀

    Like

Comments are closed.