amyz story, diary mama

32 Days So Far.

Alamkhir dah sebulan dan 2 hari. Hehe. Hari pun nak bagitau juga. Apa da~ Update tentang Alam? Next time yach. Ni nak cerita tentang hari-hari pantang seorang aku. Ewah~

Dan dah sebulan dua hari juga aku hidup dalam keadaan yang dicatu makan, minum dan dilarang keluar rumah sehingga habis pantang. Meronta-ronta dalam hati nak keluar ni. At least pergi Jusco ke~ Haha. Sangat keji.

Mula-mula selepas keluar hospital, tiga hari berturut-turut aku berurut satu badan. Bertujuan untuk betulkan balik urat-urat dalam badan, naikkan rahim dan untuk kesegaran badan. Selain dari itu, untuk menggalakkan pengeluaran air susu.

3 minggu mak aku jaga dan 2 minggu dijaga oleh mak mertua ni (so far), lebih kurang sama. Cuma mak Azlie longgar sedikit, tak banyak, sedikit saja dari mak aku. Mak aku sangat tegas. Kalau tak boleh tu, tak boleh la. Memang tak beri langsung peluang aku nak makan selain makan yang mak masak atau yang dibenarkan. Macam pisang tak boleh makan, sebab angin. Bayam tak boleh makan sebab sejuk. Air sejuk adalah “haram” sepanjang tempoh 44 hari ini. Aku hanya minum air suam. Termasuk air panas macam horlicks, oat dan susu.

Rutin makan adalah nasi penuh satu pinggan, ikan goreng/rebus/stim/bakar/singgang, sayur rebus dan segelas air suam. Lepas tu, mak beri aku makan epal atau pear. Hehe. Ikan pun tak boleh sebarang. Ikan yang ada bisa dan gatal-gatal tak boleh makan. Sayur dan buah-buahan pun sama.

Mak Azlie beri juga pelepasan aku makan buah oren. Yummy!

Tu part makan dan minum. So far, aku tak langgar apa-apa kepantangan lagi – seperti curi-curi minum air sejuk walaupun ada intention nak buat macam tu. Haha. Keji sangat. Kadang-kadang aku saja rayu-rayu Azlie bagi aku air sejuk. Tapi tak jalan beb. Dia lagi tegas dari mak aku dan mak dia. Haha.

Selain dari makan dan minum, aku kena mandi air rebusan herba, pakai pilis, pakai param dan pakai bengkung.  Oh tak lupa berkain batik dan berstokin. Lagi satu, rambut kena ikat tinggi atas kepala ketat-ketat – bertujuan menegangkan muka dan menghalang angin masuk. Setiap pagi dan petang itulah rutin selama 3 minggu aku di rumah mak.

Di rumah mak Azlie, aku tak pakai pilis dan param – tapi aku pakai minyak panas untuk wanita bersalin. Sapu satu badan selepas mandi, kemudian pakai bengkung. Sama fungsi seperti pilis dan param. Menghangatkan badan. Melancarkan perjalanan darah, menghalang angin dari masuk dalam badan, mengembalikan bentuk badan kepada asal dan lain-lain lagi.

Lepas pakai minyak tu – sama juga kesannya bila lepas pakai param – hangat dan berpeluh-peluh la sepanjang hari. Tak perlu pergi sauna ye adik-adik.

Nyaman tu memang nyaman. Tapi berpeluh-peluh tu maksudnya satu hari aku hidup dalam kepanasan. Tak tahan weh. Bukan boleh tala kipas kat badan. Mak aku tak kasi. Nanti masuk angin. Tapi kipas memang on 24 jam dalam bilik. Sangat mengelat. Haha.

Seminggu berpantang, berat badan aku dah turun ke berat badan sebelum mengandung. 55kg. Sekarang dah 32 hari, aku tak timbang lagi berat badan aku berapa. Part kembang-kembang masa mengandung memang dah tak ada dan aku dah boleh sarung cincin kahwin. Cuma perut masih ada stretch mark dan belum mantap sepenuhnya. Ahaha.

Tapi Azlie cakap aku dah slim. Sukanya~ Haha.

ps : entri ini dikarang khas untuk Ika~ ahaha

Advertisements

5 thoughts on “32 Days So Far.”

  1. kau yakin ke kata2 azlie tuh bukan sekadar nak sedapkan hati kau jer? heheehehe.

    anyways.

    slurpee sedap. serious. especially green apple ataupun pina colada flavour tapi pina colada dah lama takde paling aku suka, cherry slurpee pastuh letak softeee oooo sedapnya! kalau elin dia akan kata, heavenly! ha ha ha.

    eh? eh? kenapa aku cerita slurpee?

    Like

  2. hahahaha. sangat keji bercerita tentang favorite aku dan aku tak dpt merasai nikmatnya buat masa ini.. dem! dem! mencik laa.. hahahaha.

    Kalau azlie sekadar nak sedapkan hati aku pun, aku terima sebab puji-pujian tu.. hahahaha.

    Like

  3. oh oh! feveret kau ke slurpee tuh? oh i tak tauuuuuuuuuuuuuuu *eksen tak tau* hahahahaahha!

    yalah, harapkan laki puji, kalau dak siapa lagi kan? 🙂

    Like

  4. kak pnut : oh kejamnya statement tersebut… nasib baik seksa sudah mahu berakhir. huahuahua.

    ika : hahahaha. feveret beb… sabar amyz, sabar~ hahaha. takpe seksa aku hampir habis. lagi seminggu lebih saja lagi ni. hahaha. sedapnya slurpee. hahaha.

    takpe. janji dia tak puji pempuan lain. hahahaha.

    Like

Comments are closed.