alam, amyz azlie, diary mama

Liltle Alam

Alam @ 1 month

ps: Alam nampak gelap sikit sebab muka dia kena ruam masa ni. Now dah ok dah. 🙂 Tapi takpe lelaki gelap-gelap sikit. Nampak macho. Macam Fahrin Ahmad misalnya. Haha. (Oh, Amyz. Pelis la~)

Alam dah sebulan lebih dah sekarang ni. Kitorang masih teruja dengan setiap kerenah baru Alam tunjukkan. Dan paling manis, bila Alam tersenyum sampai ternganga mulut masa kami bercakap-cakap dengan dia. Aku tak adalah nak cakap anak akulah paling comel. Tapi nama pun baby. Of course, dia sangat adorable. Dia hisap susu pun aku rasa dia comel. Haha.

Cuma aku rasa saat-saat seperti itu sangat manis. 🙂

Kadang, masa dia menangis pun, aku boleh tergelak. Sebab aku rasa comel dan buruknya anak aku menangis. Haha. Teruknya mommy ni.

Ada masa-masa geram juga. Bila dah malam, Alam buat perangai tak mahu tidur, tak mahu susu dan menangis nyaring. Tak tentu arah kami dibuatnya. Kejab aku dukung. Bila menangis kuat-kuat lagi. Azlie dukung. Nangis lagi. Nenek dia dukung pula. Dah rotate beberapa kali, barula Alam mahu tidur nyenyak dan tak mahu bangun minum susu waktu malam. Sampai aku pula yang kena bengkak susu. Adoiyai~ Sabar sajalah.

Tapi tak selalu la. Tengok angin dia. Hehe.

Alam memang kuat menyusu dan dengan menyusu sajalah buat dia tertidur. Dengan erti kata lain, dia memang suka mengempeng. Eh, tau ke maksud mengempeng tu? Haha. Ok. Ok. Maksudnya, suka benar bergantung pada susu, terutama pada waktu nak tidur dan waktu tidur. Hu.. Sampai aku pun tertidur-tidur nak susukan dia.

Berat badan pun dah 4.2kg, masa timbang waktu pergi klinik ambil suntikan hep-B. Sekarang ni, waktu pangku dah terasa semangat badan dia. Hehe. Tak kisahlah. Janji Alam sihat. 🙂

For mama pula. Lagi 2 hari nak habis pantang. Tak sabar tu bukan sebab nak minum air sejuk. Tapi nak keluar rumah. Sebulan lebih duduk rumah tak keluar-keluar. Mak tak kasi jejak tanah. Keluar rumah pun, sekadar pergi klinik, hospital dan balik JB. Apa ke hal sangat? Haha. Lepas pantang ni, mama Alam nak shopping baju kerja, baju raya, kasut, jeans, baju Alam, atau mungkin (still in consideration) cloth diaper Alam. Dan banyak lagi rasanya nak shopping~ Hihi.

Oh, tak sabarnya~ 😀

Advertisements

4 thoughts on “Liltle Alam”

  1. darwina : nanti alam dah balik kl, kita jumpa k? gi karoke pun boleh. ngehehehe.

    papa : ngade la papa nih.

    Like

Comments are closed.