amyz story, diary mama

Dah Lepas Hari

Lepas hari maksudnya lepas pantang.

Aku dah boleh makan itu ini yang tidak dibolehkan sewaktu pantang. Walau bagaimana pun, aku tidak boleh gelojoh nak melantak semua benda. Kat aku memang tak ada effect (buat masa sekarang), tapi perut baby masih belum boleh nak terima semua yang aku makan, walaupun dia hanya minum susu badan.

Sebenarnya, apa yang kita makan, jadi susu, baby pun dapat rasa juga. Jadi kalau makan benda berangin – macam cempedak contohnya (Sedap gila cempedak, tengah musim pula tu. Dapat pandang saja.. Huhu.). Baby yang kena effectnya – akibatnya baby kembung. Menangis tak henti-henti. Siapa susah? Aku juga.. Jadi untuk elakkan semua tu berlaku, aku masih halang diri aku dari makan makanan yang sejuk, angin, panas, pedas. Makan pun sikit-sikit. Sekadar rasa-rasa.

Alam pula fully breastfeed dengan jayanya. Hehe. Sebab itu juga, aku jaga makan dan minum. Tak mahu perut Alam terkejut. Air sejuk pun tak minum lagi. Kalau ada pun, aku campur dengan air biasa. Jadi tak sejuk sangat. Perlahan-lahan, orang kata. 🙂

Apa pun, aku dah bedal dah donut Big Apple dan GCB McD. Dalam 2-3 hari nak habis pantang lagi. Haha. Keji sungguh!

Cerita Puan Amyz pula.

Cuti dah nak habis. Minggu depan, aku dah mula kerja pada 12 Ogos. Huu. Cepatnya masa berlalu. Aku & Alam akan balik KL hari Sabtu 7hb ni. Dan berpisahlah kami dengan Azlie – untuk berapa lama? Aku tak tahu. Haih! Sungguh tidak suka memikirkan tentang kes permohonan pertukaran yang tak siap-siap tu. Benci!

Mula saja kerja, dah 2 hari puasa. Fuh~ Cabaran sungguh! *yawn*

Bila mula kerja, maksudnya, Alam tinggal di rumah dengan nenek ye, sayang. Nasib baik duduk di rumah mak sendiri. Tak adalah risau nak cari nursery atau pengasuh untuk Alam. Bulan ni juga, Kak Long aku dijangka bersalin. Nanti Mak juga yang nak jaga Kak Long berpantang dan baby baru. Ada 4 budak kecil nanti tinggal dengan Mak ni nanti. Anak Kak Long – Hariz (2y), Hafiz (1y) dan baby baru which is lelaki juga, serta anak mama ni, Alam. Kecoh juga la nanti rumah tu. Hehe.

Lagi pula masuk kerja ni, aku kena lapor diri untuk pemangkuan gred jawatan F32 (Current position gred was F29). Terpaksa keluar dari M*acgdi  sebab tak ada kekosongan F32 di situ. Tetapi masih di bawah kementerian yang sama. Jabatan/Bahagian manalah aku tercampak ni nanti? Huu.. Kalau dapat minta Johor, alangkah bahagianya~ Ewah! Tak suka betul jauh-jauh dari en. Azlie. Tambah-tambah dah ada baby ni. Huuu..

Harap-harap di Jabatan/Bahagian baru nanti dapat bekerja dengan efektif dan cemerlang sekali. Yeah!!

Ish. Ish. Muka siapa la Alamkhir mama & papa ni.. Hehehe. Tak kisahlah ikut rupa siapa pun, Alam tetap comel di mata mama & papa. Hiii.. 🙂

bwek!!

Advertisements

3 thoughts on “Dah Lepas Hari”

  1. nonah : hahahaha. sbb mak mertua aku kata, boleh makan la.. ayam & donut tak de effect apa sgt.. setakat rasa2 je.. 😉

    ayob : hahahaha. gile camtu. aku tipon jpa sebulan sekali je. hahaha.

    Like

Comments are closed.