Lagu Untuk Alam

Pok amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk Alam pandai,
Malam upah susu.

Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Alam jangan menangis,
Mama pergi kerja.

Heartbreak juga saat meninggalkan Alam di rumah pagi ini. Tapi aku yakin Alam akan baik-baik saja bersama Mak dan Ayah aku. Sebelum keluar, aku beri Alam susu puas-puas sampai tertidur dengan lenanya. Sepanjang perjalanan, terbayang semua keletah Alam. Senyum dia, tawa dia, cebik dia, kerenah tak mahu tidur dia – dan semua raut wajahnya yang cuba memahami tiap patah perkataan yang aku katakan pada dia. Alahai anak mama ni. Baru satu siang berpisah, mama sudah rindu-rindu.

Pukul 9 pagi aku telefon Ayah, bertanya tentang Alam. Waktu itu Alam baru lepas mandi, dan sedang diberi susu. Susu yang aku simpan tidak lah sebanyak mana. Tapi aku yakin boleh menampung keperluan Alam di waktu aku tiada di sisinya. Insya Allah.

Alam baik-baik saja. Aku rasa dia behave bila aku tak ada. Bila aku ada, dia suka nak melekat kat mama dia. Hihi. Anak manja..

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

5 thoughts on “Lagu Untuk Alam”

  1. ni baru boleh nyanyi lagu ni

    setiap saat ternanti-nanti
    pagi petang mencari-cari
    kau masih tiada di sisi.

    Like

  2. welcome to blog emak-emak..eheheh dulu kannn ada orang tu..masa dia belom kawen..dia kutuk, ai tak baca blog emak-emak, boring asyik citer anak..aahhha pastu dia ada anak, blog dia pun jadi blog emak-emak…
    larriiiiii eewwwyyaaahhhh lariii

    cube teka siapa…

    klue-baru pindah rumah… hahahahaa
    harap dia tak baca…ahahah

    Like

  3. ayob : tu lagu utk encik azlie sesuai kot. hahaha.

    kak pnut : hahahaha. kalau dah jadi mak, mesti nak cerita pasal anak punya.. tak dpt banyak, sikit mesti ada. hahaha.

    dia baca juga la. tapi tak tau bila. hahaha.

    Like

  4. hahahhaha kak pnut hahahaha saya tahu siapa!!!! saya tahu!!!!!!

    amyz oi, ini baru satu siang and by today, dah banyak2 siang, belum dia pi belayaq dok jauh beribu batu πŸ˜›

    Like

  5. hahaha. skrg dah oke. kalau dah besar esok, dia berjauh2 dari aku. sure aku sebak2 jugaklah. hahaha.

    nanti time tu, kalo ada blog, aku pon emo2 kat blog. hahaha.

    Like

Comments are closed.