Kemanalah Tercampak?

Deng!

Sekarang aku sedang pissed off dengan semuanyalah di sini. Di tempat kerja aku ni. Bodoh! Bodoh sangat!

Alkisahnya sekarang aku memangku F32. JPA telah assign penempatan F32 tu di NRE juga. Since aku di Macgdi, minggu lepas, 1st day masuk kerja, aku pun pergi HR, bawa surat penempatan untuk lapor diri. HR assign penempatan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). JKPTG assign aku di E-Tanah – salah satu seksyen bawah JKPTG.

Malangnya, E-Tanah telah me-reject kehadiran F32 yang baru dengan alasan, tak mahu orang baru dan tunggu F29 di E-Tanah naik F32. Walaupun telah di-reject, aku bersyukor jugalah tak masuk E-Tanah yang banyak songeh dan huru-hara tu. Asyik outstation dan nak cuti pun susah. Ah, payahlah macam tu.

Jadi JKPTG forward semula aku ke HR – untuk HR assign penempatan aku di bahagian/jabatan lain. Malangnya tiada kekosongan F32 di jabatan/bahagian lain hatta di cawangan Johor pun. Huhuhu.

Mentang-mentang aku duduk di Macgdi. HR pun take for granted. Slow. Sepatutnya by hari Jumaat lepas, aku dah duduk di penempatan baru – tak kiralah di mana. Atau dah keluar dari NRE ni – poll di JPA semula – sebab tiada kekosongan di NRE.

Sekarang ni, aku terkontang-kanting tak tahu mana nak duduk. Luckily ada Macgdi, dapat juga menumpang kasih dan internet. Aku tidak sepatutnya duduk di sini lagi. Kalau F29 baru datang ganti aku, mana aku nak duduk?

Dan, jawatan memangku ni pula tidak membenarkan pegawai mengambil cuti dalam masa 28 hari bekerja. Bila dapat penempatan baru dah dapat, waktu hari raya pula akan kurang dari 28 hari bekerja. Aku tak boleh nak apply cuti. Macam mana cuti raya aku? Aku dah plan baik punya nak cuti berapa hari. Ni yang rasa nak mencarut ni. Nasib baik puasa. Ah, bodohnya!

Dah call HR tadi. Katanya tengah tunggu justifikasi dari E-Tanah kenapa reject kemasukan F32 yang baru untuk hantar di JPA. Duh! Duh sangat!

Aku harap benda ni dapat settle dalam hari ini juga. Aku tengah marah ni!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

12 thoughts on “Kemanalah Tercampak?”

  1. aku pelik eh, dah di assign, boleh plak dorang reject2, yang tukang assign pun, tak check dulu ke sebelum posting ke sana? macam main cak cak kuti plak, tendang jer mana dorang suka. aku baca pun marah beb! sib baik puasa. kalau dak aku dah tolong kau mencarut ha ha ha.

    rabbi yassir wala tua’ssir beb. repeat that constantly. aku share dgn kau mantra kesabaran aku selama ni πŸ™‚

    Like

  2. haih, birokrasi..banyak2 sabar.

    apapun selamat naik keje amyz..peluk cium untuk Alamkhir. aku mungkin beraya je kat melaka, cuti rehat habis. Fathul warded 3 minggu kat Hospt Pakar Muar bulan lepas, Bronchiolitis.

    tp skrg dah sihat..cuma fragile sket le nak menjaganya. tp berat menten naik, dah 6 kilo. hehe.

    selamat berpuasa, dear πŸ™‚

    Like

  3. ika : satu hal yg e-tanah sesuka hati reject2 org. sombong sgt tak mahu org baru. sebab malas nak train org baru. satu hal lagi, nre ni sgt poyo, dah tau takde post jawatan tu kat nre, nak juga pegawai2 dlm nre yg naik pangkat duduk dlm nre jugak. sengal!
    lepas tu jpa pun sengal gak. terus je la buat penempatan aku kat jb. nak jugak tunggu giliran segala. argh. tension aku beb.

    wah.. terima kasih ika. aku boleh amalkan mudah-mudahan aku lebih bersabar selepas ini. mmg aku ni kurang sabar jugaklah.

    Like

  4. effa : kesiannya Fathul kena warded lagi. hari tu kencing berdarah. ni bronchiolitis pula. kesian dia. kecit lagi. tapi semangat jugak tu dah 6kg. Alam dah 5.2kg hari isnin tu check up. hehe. semangat jugaklah. haha.

    raya kat muar ke? aku tak tahu la cuti raya aku mcm mana. kalo ada, aku boleh beraya rumah ko ye? πŸ™‚

    selamat berpuasa juga, bebeh. peluk cium utk Fathul. Zaid mcm mana dah ada adik ni? hehe

    Like

  5. syukur juga amyz oi tak masuk kat e-tanah tu… sabooo je la…
    suruh JPA amek balik, htnr tmpt lain la…ehehe meh wisma putra meh

    Like

  6. btoi kata kak pnut. e-Tanah tu menyesakkan jiwa. dr ‘atas’ sampai ke ‘bawah’, eksyen semacam depa tu.cam baguih! * opss. termngumpat plak ;p
    doa la bg terbukak hati JPA hantaq ko ke JB

    Like

  7. kak pnut : hahaha. wisma putra ada kosong f32 tak kak? blh juga nak mintak. tapi lepas tu nak ke johor la. hehehe.

    nett : mmg kena tanah dan sumpah seranah je e-tanah tu.. haha

    hana : part atas tu mmg cerewet tahap dewataraya. part bawah2 tu kerek semacam. hahaha.
    mudah-mudahan jpa terus hantar ke JB.
    aminn…

    Like

  8. ayob : haha. tak aktif dah eh? takpe. aku try je dulu. mana la tahu ada. hehe. aku dah call jpa. dorg ckp, f32 ada 3 org tgh tunggu turn nak tukar ke sana. huhuhu..

    Like

  9. e-tanah adoyai..memang pening kepala.

    Kalau tak silap la kan, memangku tak melibatkan yang tak boleh cuti 28 hari tu. kalau menanggung kerja je yang tak boleh cuti.

    Like

  10. ohhh mcm tu ke angah. sbb hari tu CC kami yang bagitau mcm tu. memangku dan menganggung kerja tak boleh cuti. entah la ek? nanti kita check pekeliling balik. hehehe.

    Like

Comments are closed.