Stroller/Travel System Hunt

Aku rasa sangat-sangat perlu membeli stroller/travel system waktu ini.

Sebab pertamanya, bakul yang Puan Daun beri pinjam itu tidak selesa untuk Alam berbaring di dalamnya. Bukannya apa, Alam ni tinggi (or panjang), setiap kali dia mengeliat, tangan kaki dah terkena-kena tepi bakul. Takut dia tak selesa, lepas tu mesti dia marah. Lagipun bakul tersebut pinjam. Ya kawan-kawan, barang yang dipinjam harus dipulangkan semula. Hihi. Jadi travel system perlu ada – include stroller dan car seat. Hehe.

Sebab kedua aku rasa perlu stroller ini adalah kerana Isnin lepas aku bawa Alam pergi klinik untuk pemeriksaan bulan ke 2. Ya, Alamkhir sudah 2 bulan. Makin semangat. Berat 5.2kg, tinggi 58cm. Makin hensem dan macho. Eleh, puji anak sendiri pula. Duh! Berbalik kepada cerita aku membawa Alam ke klinik gomen yang selow lagi ramai orang itu dan aku juga terlupa bawa ring sling. Jadi terpaksa mendukung Alam sepanjang masa di sana. Fuh, lenguh juga tangan mama ni. Jadinya, stroller amat perlu untuk membawa Alam ke klinik. Dan juga untuk bershopping. Untuk shopping, aku ok lagi bawa dia dengan ring sling tu. Sangat bergaya. Ewah! Tapi lama-lama lenguh juga la. Haha.

Alam tidur lena dalam ring sling

Ring sling ini berguna juga dalam menenangkan Alam yang merajuk dan tak mahu tidur. Masukkan dia dalam ring sling dan bawa dia jalan-jalan. Nescaya dia tidur dengan lenanya di situ. Akan tetapi bila dah lena, mama pun angkat dan letak atasΒ  tilam dia. Dia pun buka mata dan merengek-rengek semula. Adoiyai!

Eh, bukan ke entri ni pasal travel system/stroller hunt? Sila fokus kepada tajuk.

Ok. Itu merupakan antara sebab kami perlu mendapatkan stroller/travel system untuk Alam. Nanti raya nak jalan-jalan jauh. Car seat untuk Alam adalah keperluan wajib, manakala stroller pula nak bawa dia jalan-jalan nanti. Manalah tahu tersinggah kat Jusco ke, shopping complex lain ke – time raya tersebut. Haha. Keji ok Amyz ni.

Dan mungkin akan ke Expo Parenthood di Midvalley hujung minggu ini untuk mencari stroller/travel system yang best untuk Alam. Bajet pun tidaklah besar mana. Tengok pada offer, spesifikasi yang best dan harga yang berpatutan.

Apalah mama memborong di expo tu nanti? Hikhik.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

3 thoughts on “Stroller/Travel System Hunt”

Comments are closed.