Rumah Nenek Nak Roboh..

Aku tak berapa ingat lagu nenek oh nenek rumah nenek nak roboh ni lagi. Hehe.

Sebenarnya, sejak minggu lepas, kak Long dah duduk di rumah mak ni, bersama anak-anaknya sebab sudah sarat mengandung dan tunggu hari melahirkan.

Rabu 25 Ogos lepas, kak long selamat melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah. Anak-anak Kak Long sudah ada seorang perempuan dan 3 lelaki berderet. Kak Long berpantang di sini, rumah mak. Jadi rumah mak penuh dengan cucu-cucu. 4 orang anak Kak Long iaitu, Atiya paling besar, 6 tahun. Yang paling kecoh si Hariz, 2 tahun. Hafiz, 1 tahun paling aktif. Haziq yang baru lahir tu. Termasuklah Alam. Kecoh rumah mak dengan budak-budak.

Bila kecoh dengan suara budak-budak, Alam yang sensitif dengan bunyi bising terkejut-kejut waktu tidur. Sampai ayah terpaksa bawa masuk buaian Alam dalam bilik aku. Kalau tidak, Alam terkejut-terkejut dan terjaga. Bila dia tak cukup tidur, he get cranky easily. Dah la bila menangis, sukar dipujuk. Sabar sajalah.

Hariz memang suka membebel. Bila aku nak siapkan Alam lepas mandikan, Hariz datang duduk di sebelah, bertanya-tanya. Macam mana iklan burung apa tu? Burung murai. Macam itulah si Hariz tanya kat aku, ubat Alam ke mama? Ye ubat Alam. Tanya lagi. Ubat Alam ke mama? Ye, ubat Alam. Sebanyak yang mungkin – sampai kena alih tajuk. Adoi. Pening mama. Haha.

Hafiz baru nak belajar berjalan. Bercakap pun belum pandai lagi. Gigi pun belum penuh. Hihi. Manja dengan ibunya. Bila ibu dah ada adik baru ni, nampak macam cemburu. Tapi tak tahu nak express, kecuali dengan menepuk muka adik baru dia tu. Haha. Budak-budak, tak ada akal lagi.

Alhamdulillah, Alam sekarang tak banyak menangis lagi waktu aku di tempat kerja. Minggu-minggu pertama saja. Sebab aku tak ada agaknya. Bila dah biasa dengan Atuk dan Nenek dia, dia ok~ Ala, kadang-kadang dengan aku pun dia nak merajuk. Hehe.

Kasihan kat mak dan ayah kena jaga cucu. 😦 Kalau boleh tak mahu susahkan mak dan ayah. Tapi dah aku menetap kat situ, kalau aku hantar rumah pengasuh, kecil pula hati mak dan ayah aku. Lagipun susah nak cari pengasuh yang betul-betul ok. Takut la. Tak apalah sementara waktu sebelum aku dapat tukar ke JB. Harap-harap dapat tukar dengan cepat. Amin~

Cucu-cucu nenek di Cheras termasuk Alam ada 7 orang. Cucu-cucu nenek di JB ada 8 orang. Di JB lagi lah, 7 orang cucu lelaki. Memang boleh roboh rumah nenek sana. Hihi. Hmm.. Berapalah encik Azlie hendak bajet duit raya untuk anak-anak buah kami sekarang ni? Hihi.

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

4 thoughts on “Rumah Nenek Nak Roboh..”

Comments are closed.