alam, amyz azlie, amyz story, bff

Jalan-Jalan Dengan Auntie Wina

Hari ini, saja nak temankan Darwina keluar ke OU sambil mahu test-drive stroller MacLaren baru Alam. Yeay! Selain tu, mama memang  nak keluar sebab nak collect vitamin dari Mommy Lyna. Ye. Mama ni kurang makan sayur, jadi perlukan supplement untuk pastikan mama dapat berikan susu yang berkhasiat untuk Alam. Kira sekali jalan la. Keluar untuk collect vitamins, dan keluar jalan-jalan. Lagi pun mama dah lama pergi OU.

Alam dalam kereta yang bergerak, dia behave dan diam saja. Sepanjang perjalanan dari rumah ke Pusat Bandar Damansara, which where mama gonna meet Mommy Lyna, Alam diam saja dalam kereta dan enjoy the view. Tengok benda bergerak. But, once kereta berhenti bergerak, Alam start cranky. Dia mengeliat-mengeliat dan menangis. Auntie Wina agak panik dengan keadaan tersebut. Haha. Sebelum tu, Papa Alam baru saja mesej mama beritahu, kalau kereta berhenti, Alam menangis la tu. Isk. Papa always right. Adoilah.

Bila berhenti macam tu, kalau kasi susu pun tak akan dapat memujuk Alam. Jadi mama kena bawa dia keluar dari kereta dan berjalan-jalan. Bila Alam dah tak menangis, mama dudukkan dia dalam kereta dan ambil gambar. Ewah! (Dia baru terpujuk saja tu, tapi mood dia masih kurang baik. Sebab tu, bila Auntie Wina agah-agah, dia buat muka stone saja.)

Auntie Wina dan Alam

Tengoklah muka Alam serius masa bergambar tu. Nampak sangat mood tak baik. Haha. Oh ada calar di dahinya merupakan cakaran dari kuku Alam yang mama lupa nak potong. Huhu.

Selepas jumpa dengan Mommy Lyna yang baik dan ramah tu, kami pun bergerak ke OU. Sampai sana dah tengahari. Mama siap bawa manual MacLaren tu sebab baru first time guna. Teruk betul mama. Kasihan auntie Wina kena pujuk Alam sementara mama buka stroller tu di tengah-tengah panas tempat parking. Huhu.

Walaupun stroller dah siap buka, Alam tak mahu duduk kat dalam tu lagi. Not yet. Bila letak, dia menangis kuat-kuat. Mama pun panik juga sebenarnya. Tapi buat-buat cool. Haha. Ok. Masuk dalam mall dulu. Biar sejuk dulu. Beri Alam masa untuk membiasakan diri di tempat baru dan behave. Hihi. Lepas jalan-jalan sikit, baru masukkan dia dalam stroller tersebut. Alhamdulillah, dia tak menangis. Mula-mula mama tegakkan seat stroller tu supaya Alam dapat melihat-lihat pemandangan. Kalau baringkan tak nampak view. Takut dia boring. Alam nampak ok, dan kami pun memulakan perjalanan untuk meneman Auntie Wina mencari kek dan bunga as a birthday present. 🙂

Alam in his MacLaren
Alam buat muka grumpy

Nampaknya Alam enjoy the ride. But just watch out when we’re stopped. Sure dia merengek. So, kenalah mama bergerak sana-sini bila Auntie Wina singgah beli kek dan singgah beli present. Hehe. Alam, Alam. Sabar sajalah. Kami kena tunggu hadiah siap about 30 minit, jadi mama ingat nak belikan kemeja untuk papa pakai waktu raya. Sebelum tu, mama kena feed Alam dulu. Kami pun singgah di toilet OU yang ada ruang untuk change diaper dan nursing baby. Alam pun nampak dah mengantuk sebab dah start merengek-rengek bila tak nampak mama dia. Mama terpaksa berdiri sebelah stroller supaya Alam nampak mama dan tak menangis.

Alam tertidur selepas kenyang menyusu. Mama baringkan dia dalam stroller dan selimutkan dengan nursing cover. Alamak, terlupa ambil gambar pula part ni. Hehe. Lepas tu, mama dan auntie Wina pun pergi cari baju papa. Tak lama, kejab saja. Masuk 2-3 kedai, nampak mana cun, terus sambar. Hehe. Sebab Alam dah tidur. Lepas beli baju papa, kami ke kedai ambil present tadi dan terus shoot balik. On the way balik, Alam tidur dan mengempeng sepanjang perjalanan. Adoi la. Hehe.

Apa pun, ini merupakan satu experience membawa Alam ke mall tanpa papa, yang adventurous, bersama Auntie Wina. Ingat senang nak bawa baby keluar jalan-jalan? Lagipun tujuannya nak test-drive MacLaren. Haha. Terima kasih kepada Auntie Wina yang baik hati bawa mama dan Alam keluar jalan-jalan. Walaupun kebanyakan masa, Alam bad mood. Bukan apa tu, sebab tidur dia kena kacau before kami keluar tu. Tu yang bad mood tu. Mama ni.. Kacau Alam tidur saja. Huhu.

Tak apa. Nanti lama-lama Alam biasalah dengan perangai mama yang kuat berjalan ni. Ihiks! 😉

Advertisements

4 thoughts on “Jalan-Jalan Dengan Auntie Wina”

  1. Seriyus?? Hehehe hebat tul bdk kecik nie

    Remember time kite g the curve dulu tak? Masa nak balik dia tendang2 dlm prut…hehe

    Ingtkan time dalam pewut je dia tendang2 bile berenti jalan dh kuar pun same gak…

    Like

  2. darwina : itulah. haha. siap mengeliat-ngeliat sebelum merengek. lepas tu baru nangis. haha.

    lin : haha. budak ni mmg bijak lah. ha ah. lepas keluar ni, makin kuat tendang2 akak. sakit tau.. kaki dia dah keras. haha.

    ika : 😉 yeahhh.. sbb maclaren best.. haha. 😀

    Like

Comments are closed.