amyz story

Ceritera Lapor Diri 1 Sept.

Sudah dapat tempat baru. Sudah berada di tempat baru sejak semalam. Kes ‘ke manalah tercampak‘ ini selesai minggu lepas. Itupun pada hari Jumaat, pukul 3 petang lebih, baru JPA called suruh ambil surat penempatan baru. Isnin, aku ambil surat penempatan di JPA. 1 September, lapor diri di J_PM. Mula-mula tanya kat pentadbiran J_PM tu tentang kekosongan di JB. Tak ada kosong, katanya. 😦 Maka tercampaklah aku di BHE_UU. Sebelum tu, kena tunggu pentadbiran J_PM siapkan surat penempatan di BHE_UU.

Lama weh nak siap surat. Aku yakin nak buat surat sekejab saja. Mesti mereka ada simpan 1 draf surat dan hanya edit few particular macam nama, no kp dan bahagian mana nak ditempatkan. Ah, 5 minit dah siap dah. Boleh siap print sekali. Yang lama adalah menunggu tandatangan pegawai yang bertanggungjawab. Tandatangan sahaja ye adik-adik. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Kau ingat si Amyz ni nak menunggu saja ke di library tu? Tak dapat Jack. Haruslah si Amyz ni pergi berjalan-jalan~

Hasil daripada jalan-jalan tersebut, dapatlah Amyz membeli 2 pasang baju kurung raya untuk diri sendiri, seutas gelang, 3 pasang baju Alam, 2 helai t-shirt encik Azlie. Hebat dan sakannya bershopping sehingga lupa pada surat penempatan yang ditunggu dari awal paginya. Tudung tak beli. Nak tudung biasa-biasa. Tudung bawal ke. Tak mau tudung yang ada awning. Kalau nak pakai tudung yang ada awning tu, aku nak beli kat Ariani. Hikhik.

Dekat pukul 4 petang, sewaktu sedang renew member card di Jusco, dapat panggilan dari J_PM. Surat dah siap. Lepas ambil surat, petang tu juga pergi BHE_UU lapor diri. Waktu tu dah pukul 4:30 petang. Memang tak adalah jumpa pengarah ke apa ke. Hanya ambil borang untuk diisi kemudian balik rumah.

Girang sungguh hati ini dah lapor diri di tempat baru. Semoga di tempat baru lebih baik dan dapat bekerja dengan maju jaya~ Ewah. Sebenarnya lebih kepada girang kerana dapat bershopping sakan hari tu. Hakhak.

Advertisements