Tempat Baru yang Sejuk Macam Dalam Esbox

Secara rasminya, aku menjadi part of this seksyen IT adalah pada 2 September.Β  IT sajalah department aku. Mana lagi seorang programmer boleh pergi? Hehe.

Semalam petang baru dapat tempat duduk di partition beserta sebuah komputer untuk membuat kerja. Kerja utama adalah menyelia sebuah sistem dan mengeluarkan laporan daripada sistem tersebut. Develop sistem baru? Mungkin ada, tapi buat masa sekarang dalam peringkat perancangan. Tengoklah macam mana, atau tengoklah sempat atau tidak aku menjadi part of team develop system baru tersebut. πŸ™‚

Gila sejuk kat sini. Macam dalam esbox (peti ais). Memang sejuk sangat. Kadang aku tak dapat nak type sms sebab tangan aku rasa macam beku. Aku tak tahu macam mana diorang boleh survive dalam keadaan sejuk sangat macam ni. Haha. Ye, masing-masing di sini pakai jaket, tapi aku pelik ada juga orang suka pakai pashmina. Aku rasa pakai pashmina pun sejuk juga. Style dan nampak bergaya itu lebih penting agaknya. Aku tak kisah pasal gaya dan style. Aku sejuk dan aku bawa jaket untuk menebat kesejukan. Huu.. Pashimina mana nak tebat sejuk sangat. Kain nipis~ Tak tahu la kot material pashmina tu boleh menghangatkan badan. Ada kot. Ada.. Tak baik salah sangka. πŸ˜‰

Dan inilah kali pertama aku bekerja di dalam persekitaran IT yang ramai orang IT. Sebelum ni di tempat kerja lama, tak seramai ini. Ini paling ramai orang IT lah kiranya. Kira-kira 50 orang di sini. Dibahagikan mengikut unit. Aku wonder, akan samakah pemikiran kami nanti?

Dapat saja komputer, aku check dapat online YM (yahoo messenger) ke tak. Tak bolehlah. Nasib baik boleh GTalk, dan AzlieΒ  juga suka online GTalknya. Dapatlah aku berchatting dengan suami. Berjarak jauh ni, terpaksalah berkomunikasi secara maya. Tidaklah sepanjang masa pejabat kami berchatting saja. Habis, tak buat kerja ke? Hoho..

Facebook dan Twitter turut di-block. Hehe. Tak apalah. Kat rumah boleh online. πŸ˜‰

Anyway, sementara di sini lagi sebelum bertukar, haruslah buat kerja sebaik mungkin dan mudah-mudahan berjaya dapat naik pangkat. Sekarang ni memangku ni macam tempoh percubaan selama 6 bulan. Kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. πŸ™‚ Yeay!

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.