Ramadhan Kali Ini.

Hari ini, tiba-tiba hati saya sayu. Dari pagi tadi, dengar lagu raya dah rasa sebak-sebak. Tak tahu lah kenapa, tapi memori sepanjang Ramadhan tahun lepas terbayang-bayang dalam ingatan.

Dapat memasak untuk suami adalah suatu perkara yang paling saya seronok lakukan sepanjang Ramadhan tahun lepas. Kemudian, Azlie makan sampai licin pinggan. Lagi seronok. Dan pergi pasar Ramadhan berdua. Berbuka puasa di tempat-tempat yang menawarkan buffet Ramadhan. Hehe. Melankolik la saya ni~

Saya tidaklah merungut keadaan kami yang jarak jauh sepanjang puasa ini. Saya bersyukur kerana Azlie dapat juga balik menjenguk saya dan Alam tiap 2 minggu sekali. Saya bersyukur kerana saya duduk dengan famili dan Alam dijaga oleh mak dan ayah saya sementara saya bekerja. Saya rasa saya bertuah kerana ada famili di sini ada untuk saya menumpang rumah dan penjagaan sementara kami berjarak jauh ini. Syukur. Wajiblah saya bersyukur.

Ramadhan tahun ini, ada Alam – adalah suatu anugerah yang tak ternilai dari Nya. Alhamdulillah~ Saya tahu, kalaulah Alam tiada, pastinya saya menangis-nangis kerana berjauhan dari Azlie sepanjang Ramadhan ini.

Saya harus/perlu akur dan tabah. Kerana saya tahu, ini ujian Allah pada hamba-hambaNya. Saya perlu sedar itu. Saya tidak boleh merungut. Saya tidak boleh mengeluh. Kerana ini ujian kesabaran, ujian cinta saya pada Allah dan suami saya. Ujian perkahwinan kami. Ujian kepada kami berdua agar dapat bertahan.

Kerana saya tahu, Allah tidak memberikan sesuatu ujian, sekiranya hambaNya tidak mampu menanggungnya. Maksudnya, saya mampu menanggung ujian ini. Jadi saya harus bersabar, berdoa moga-moga dipermudahkan dan dipercepatkan pertukaran ke JB untuk bersama suami saya.

Dan Allah itu Maha Adil. Dia jauhkan saya dari suami saya, tapi Dia beri Alam tanda kasih sayang kami untuk saya, dan Alam penguat semangat saya sementara berjauh dari Azlie. Berbeza dari saya, Azlie lebih tabah, lebih sabar dan lebih tenang.Β  Dia penguat semangat saya.

Itu agaknya sebab sepanjang Ramadhan ini, bila tiba waktu berbuka puasa, Alam akan terjaga, membuat saya sibuk melayan kerenahnya seolah-olah mahu meneman saya dan menjauhkan saya dari memikirkan kerinduan terhadap papanya atau beremosi sewaktu berbuka puasa tanpa suami di sisi. Walaupun saya terpaksa berbuka lewat sedikit dari orang lain. πŸ™‚

Ramadhan kali ini, saya menginsafinya..

Advertisements

Author: AmyzLie

writing is just another emotion expression.

6 thoughts on “Ramadhan Kali Ini.”

  1. Dah merasa duduk berjauhan selama 5 tahun. suami di Kuantan, anak sulung di Klang, angah di Putrajaya tgh pregnant anak kedua. Lps anak kedua lahir dpt posting di SUK selangor, dpt la duduk ngan anak2. Awal thn ni baru dpt duduk sekali sekeluarga..dan tgh tunggu hari utk anak ketiga..

    alah biasa tegal biasa..nanti kan, sampai satu ketika kita akan terfikir camne kita boleh survive..itu satu pengalaman yang sangat berharga..

    Like

  2. πŸ™‚ betul Angah. Dlm berjauhan ni, saya bersyukur banyak perkara. Dpt duduk dengan parents. Alam dijaga oleh mak dan ayah. Berjauhan tu satu dugaan kecil saja. Insya Allah boleh survive. πŸ™‚

    Like

Comments are closed.