amyz azlie, raya

Esok Hari Raya, Esok Hari Raya..

Aku dan Azlie tak ada gambar berdua memakai baju sedondon – kecuali gambar sewaktu nikah dan majlis resepsi. Jadi tidaklah aku dapat membuat kad raya dengan gambar tersebut lalu meng-tag semua kawan-kawan di facebook untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin – secara mudah. 🙂

And I wonder, why I should do that? Hohoho..

Tak. Aku tak kutuk pun orang buat macam tu. I don’t mind at all~ 😉 At least, mereka ada inisiatif dan kreativiti untuk mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan. At least, diorang tak lupa nak ucap selamat hari raya pada kawan-kawan. Aku? Jangan kata nak buat kad raya virtual. Nak sms kat orang pun malas. Mungkin hanya kepada beberapa orang kawan rapat sajalah. Sebab hari-hari ada komunikasi – manalah tahu ada yang tersinggung. Kawan-kawan yang tak berapa nak contact tu, ucap selamat hari raya sajalah. Bukan buat salah kat diorang pun. Hoho. Tak baik weh. Manalah tau aku tak contact diorang tu yang buat diorang kecik hati ke.. Kan dah berdosa tu. Wajib minta maaf tu. Haha.

Esok hari raya, jadi hari ini, puasa terakhir ini, pagi-pagi nanti selepas subuh, kami akan bertolak balik ke JB. Kali ini giliran beraya di JB pula. Istimewanya, raya tahun ini ada Alam sekali. Mesti seronok. Jika tiada aral, Selasa atau Rabu, kami pulang ke KL semula.

Esok hari raya. Jadi, dengan rasa rendah diri, aku minta maaf jika ada sebarang tulisan aku di sini menyinggung perasaan, membosankan, menyentuh sensitivi dan apa saja yang buat pembaca tersinggung. Aku minta maaf. Aku tak maksudkannya.

Semoga berbahagia di hari lebaran. Happy Eid Mubarak.

Advertisements

4 thoughts on “Esok Hari Raya, Esok Hari Raya..”

  1. aku kat ofis. mcm org tak betul je sorang2 dlam nie. aku siap memangku jadi ketua jabatan tu hari ni..yelah, dah tinggal aku sorng je.

    tahun ni kami 4 beranak raya melaka..huhu.semoga kami suami isteri tak meraung tatkala takbir bergema. (zaidee ajak makan kfc esok, dia kata aku tak pandai masak rendang..hahaha)

    apapun, selamat hari raya amyz,azlie dan alam. muah ! 🙂

    Like

  2. Kau dimaafkan 🙂

    p/s org Johor tak kata ‘balik JB’ laa, ‘balik Johor’ aje (kecuali memang tinggal di daerah J.Bahru)..

    SHRAFMZDB 0-0

    Like

  3. hahaha. selamat hari raya effa, aku minta maaf kalau2 ada salah silap sepanjang persahabatan kita. 🙂
    harapnya, walaupun tak dpt beraya dengan mak, ayah serta keluarga, tapi – ada zaidee, zaid dan fathul pun rasa seronok, tapi kurang meriah la sikit. sadis2.. hahaha.

    kfc ganti rendang pun best jugak beb. hahaha.

    Like

  4. spyz : hahaha. baiklah!! tapi family in law mmg tggl di daerah jb. :-p haha.
    btw, komen ko masuk dlm spam. aku tak perasan. baru nampak dan approved hari ni. ha tu la. letak lagi email bukan2. hahaha,

    Like

Comments are closed.